Connect with us

Semasa

Setelah 13 Tahun, Rupa Perodua Alza 2022 Yang Jadi Kegilaan Ramai Sekarang

Perodua baru-baru ini memperkenalkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) generasi baharu Alza (2022) selepas 13 tahun sejak pengeluaran pertamanya.

Bagi peminat kereta MPV berjenama Perodua, bolehlah ke show room berdekatan anda untuk pandu uji mahupun menempah kereta tersebut.

Dalam keluaran terbaharunya tahun ini, Perodua Alza 2022 telah dilancarkan dengan tiga varian untuk pasaran tempatan. Untuk varian X, ia dijual pada harga RM62,500, varian H pula, dijual pada harga RM68,000 dan varian yang paling tinggi sekali iaitu Advance, dijual pada harga RM75,500.

Perodua Alza terbaru hadir dengan lima pilihan warna termasuk dua warna baru iaitu Black (hitam), Brown (coklat), Garnet Red (merah), Glittering Silver (perak) dan Ivory White (putih).

Untuk trenkuasa, ia menggunakan enjin Euro4 1.5L NR-VE DVVTi yang mampu menghasilkan 104.6hp dan tork sehingga 138Nm manakala sistem transmisi pula hadir dengan jenis automatik baru iaitu D-CVT (Dual Mode CVT) dengan mod tukaran gear manual (+ dan -).

Reka bentuknya memang berbeza berbanding model sebelum ini. Untuk sport rim, varian X, 15 inchi manakala untuk varian H dan AV, 16 inchi.

Ruang kabin untuk varian AV hadir dengan kemasan dwi-tona. Selain itu, ia juga didatangkan dengan pandangan sekeliling kenderaan pada masa nyata dalam empat paparan iaitu Bird View (atas), Front View (depan), Rear View (belakang) dan Side View (kiri dan kanan).

Penyaman udara di bahagian belakang turut tersedia pada semua varian untuk memberikan keselesaan kepada penumpang.

Untuk varian H and AV, terdapat tiga pilihan mod pemanduan iaitu Normal, ECO dan Power untuk mengoptimumkan pengalaman pemanduan dan penjimatan petrol.

Lebih menarik, varian AV dilengkapi dengan brek cakera belakang yang memberikan ekstra cengkaman brek, dengan mengurangkan pembentukan haba seperti berlaku pada brek jenis dram. Brek cakera juga lebih cepat sejuk dan mudah disenggara.

Varian premium itu juga didatangkan dengan Brek Pegun Automatik (AHB) yang memastikan posisi kenderaan kekal pegun ketika berhenti tanpa pemandu perlu memijak brek sepanjang masa.

Sistek brek elektronik juga ada pada varian AV dimana pemandu hanya perlu menarik butang ke atas untuk mengunci roda dan tekan ke bawah untuk melepaskan brek.

Untuk sistem keselamatan, terdapat Banntuan Keselamatan Termaju (Advanced Safety Assist (ASA) 3.0) yang ditawarkan kepada semua varian yang terdiri daripada empat ciri iaitu Amaran Pra Pelanggaran, Amaran Pergerakan Depan, Brek Pra-Perlanggaran dan Kawalan Salah Operasi Pedal.

Bantuan pemanduan (Driving Assist) hanya ada pada varian AV yang membolehkan kenderaan bergerak mengikut halaju ditetapkan dan dilaraskan automatik untuk mengekalkan jarak dengan kenderaan hadapan.

Amaran Keluar Lorong dan Pencegahan Keluar Lorong pula hadir untuk semua varian yang akan memaklumkan pemandu jika kenderaan mula tersasar keluar dari laluan memandu dan mengelakkan daripada terkeluar lorong secara tidak sengaja.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.