Connect with us

Politik

Seru Parti-Parti Politik Bekerjasama Hadapi PRU15, Ini Ulas Lanjut Setiausaha PAS

Setibanya hari pilihan raya umum (PRU) yang bakal mendatang, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menunaikan tanggungjawab untuk memilih pemimpin untuk mentadbir negara kita. Antara parti politik yang aktif di Malaysia ini ialah Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat (PKR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan seumpamanya.

Memetik laporan Astro Awani, PAS menyeru untuk meneruskan kerjasama dari parti-parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan pada waktu ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan dijalankan nanti.

Setiausaha PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan bahawa PAS masih tetap dengan pendiriannya iaitu menjalinkan hubungan dengan UMNO sebagai Rakan Ta’awun atau rakan kerjasama.

Secara tidak langsung, PAS langsung tidak bersetuju dengan sebarang ketetapan atau ketentuan yang menggambarkan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh mereka dalam PRU15.

Menurut beliau, PAS hanya mementingkan perpaduan dan kerjasama politik di antara parti-parti utama Melayu-Islam sahaja akan dapat mengelakkan pertandingan lebih dari dua penjuru dalam PRU15 akan datang.

Tambah Takiyuddin, musuh sebenar bagi Penyatuan Ummah sebenarnya ialah Pakatan Harapan (PH) dan sekutu-sekutunya termasuk ‘Khemah Besar’.

“Agenda Penyatuan Ummah dan Perpaduan Nasional di antara orang Melayu-Islam, kaum Bumiputra dan rakyat pelbagai kaum di negara ini hanya dapat dicapai sekiranya kestabilan politik dapat diwujudkan selepas PRU15.

“Pas seterusnya yakin gabungan atas konsep Penyatuan Ummah dan Perpaduan Nasional sahajalah mampu menjadi formula terbaik dan berkesan serta diterima oleh majoriti pengundi ke arah mewujudkan sebuah Kerajaan Prihatin Rakyat.

“Ini dengan langkah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada seluruh rakyat di samping pada masa yang sama memberikan perhatian khusus kepada aspek semak dan imbang,” ulas lanjut beliau berhubung dengan isu tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Takiyuddin turut memaklumkan bahawa kerjasama semua parti politik dalam kerajaan dapat membantu untuk membentuk sebuah pemerintahan yang adil dan saksama kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan juga budaya.

“Tetapi juga mengelakkan berulangnya sejarah hitam yang berlaku semasa PRU14,” terang beliau.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.