Connect with us

Selebriti

Seniman Hisham Ahmad Tajudin Meninggal Dunia, Akibat Jangkitan Kuman Dalam Paru-Paru

Yang hidup, pasti akan menemui ajal mereka. Tidak kira tua mahupun muda.

Iospital phone repair gombak

Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajudin telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.30 petang semalam di Hospital Shah Alam (HSA).

Memetik laporan Berita Harian, Allahyarham telah meninggal dunia pada usia 76 tahun disebabkan jangkitan kuman dalam paru-parunya.

Difahamkan anak Allahyarham, Aqeela, 26, menyatakan bahawa bapanya itu telah ditidurkan di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), HSA sejak akhir bulan lepas.

Allahyarham Hisyam telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan keluarganya.

“Abah saya, Hisham Ahmad Tajudin kembali menemui Sang Pencipta pada waktu Asar tadi, jam 4.30 petang.

“Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, abah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Ia kemudian merebak ke organ lain sehingga tidak berfungsi.

“Abah dikhabarkan teruk sejak malam tadi, di mana hospital hubungi saya memberitahu abah sudah tenat.

“Jadi, kami sekeluarga, berada di sisi Abah sejak malam tadi sehingga Asar.

“Abah meninggal di hadapan saya, suami saya dan ibu,” kata anaknya itu.

Dikatakan, Allahyarham Hisham telah dimasukkan ke hospital pada 29 September yang lalu kerana batuk teruk yang berpanjangan.

Seniman itu turut ditidurkan dan dikatakan bergantung sepenuhnya pada mesin sokongan berikutan tidak boleh bernafas secara normal.

Allahyarham Hisham Ahmad Tajudin merupakan seniman tanah air yang telah banyak berjasa kepada industri filem negara dan sangat dihormati.

Sekadar info, Allahyarham terdahulu pernah membintangi pelbagai filem antaranya ialah filem Tsu-Feh Sofiah pada 1986, Perempuan (1988) selain drama-drama popular seperti Dalam Hati Ada Cinta (2004), Dalam Hati Ada Cinta 2 (2005) dan Tok Ayah (2014).

Admin mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, dan salam takziah buat keluarga Allahyarham.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.