Connect with us

Politik

“Semoga kutukan cercaan hinaan bertukar menjadi pahala” Isu Tular Ustaz Kazim Dicalonkan Sebagai Wakil BN

Sesiapa sahaja boleh menjadi ahli politik, asalkan dirinya mampu dan yakin untuk membimbing negara ke arah yang lebih baik tanpa menyalahgunakan amanah yang telah diberikan.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, penceramah selebriti, Dato’ Ustaz Kazim Elias (DUKE) menjadi bualan hangat sejak hari semalam apabila beliau telah diumumkan sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Larut (P.056) untuk Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Berdasarkan laporan Kosmo, nama pendakwah popular itu terus menjadi tumpuan ramai selepas beliau memuat naik satu hantaran di laman Facebooknya sebentar tadi.

Gambar beliau yang berada di hadapan Masjid Quba, Madinah itu telah dimuat naik pagi tadi sebelum pengumuman penarikan diri itu dibuat.

“Allahuakhbar. Melihat orang dari jauh, baik selidik dahulu dan apapun, doa dan mengharap kepada Allah,” ujar Ustaz Kazim.

Hantaran yang telah dibuat itu terus tular di media sosial dan menerima pelbagai respon daripada orang ramai yang sebahagiannya terdiri daripada pengikutnya.

Ketua Koordinasi Komunikasi BN, Mohd. Syafiq Fhadly Mahmud kini disahkan menjadi calon terbaharu yang dipertaruhkan bagi menggantikan Ustaz Kazim itu.

“Alhamdulillah. Semoga kutukan cercaan hinaan bertukar menjadi pahala. Terima kasih. Sayangilah pahala anda,” tulis beliau dalam hantaran yang dimuatnaiknya itu.

Difahamkan, hantaran berkenaan dimuat naik selepas sahaja Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan Ustaz Kazim menarik diri daripada bertanding di Parlimen Larut pada PRU15.

Dilaporkan bahawa malam tadi Ustaz Kazim telah mencipta kejutan apabila Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Ustaz Kazim sebagai salah seorang calon BN pada PRU15 yang bakal dijalankan pada 19 November akan datang.

Hantaran Ustaz Kazim:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.