Connect with us

Semasa

Sampel ‘Baby Nanas’ Mengandungi Siklamat, KKM Tampil Beri Penjelasan

Terdapat pelbagai makanan enak yang boleh kita dapati dengan mudah. Walau bagaimanapun, kita sebagai pembeli haruslah bijak memilih dan membeli makanan yang berkhasiat dan tidak memudaratkan.

Iospital phone repair gombak

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman Facebook, telah dimaklumkan bahawa terdapat 11 sampel buah nanas kecil atau baby nanas telah dikesan mengandungi bahan pemanis zat, siklamat, melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).

Siklamat ini merupakan sejenis pemanis tiruan tanpa zat (artificial sweetener) berkod 952 yang mempunyai tahap kemanisan 30 ke 50 kali lebih daripada gula putih atau sukrosa.

Namun difahamkan, terdapat kajian yang menyatakan sesetengah bakteria di dalam usus besar boleh menukarkan siklamat kepada bahan kimia toksin cyclohexylamine.

Terdapat kajian lain pula mendakwa siklamat dan persediaannya juga berpotensi menjadi punca kepada masalah kanser.

Melalui hantaran yang dibuat oleh KKM, telah dimaklumkan bahawa ianya merujuk kepada isu baby nanas daripada Thailand yang menjadi bahan perbualan hangat dan tular di media sosial sekitar tahun 2017 dan 2019.

Berdasarkan Codex General Standard for Food Additives (GSFA), penggunaan siklamat dibenarkan dalam makanan tertentu seperti jem, jeli, dan lain-lain.

Meskipun begitu, penggunaan siklamat tidak dibenarkan terhadap buah-buahan segar, termasuklah yang telah dikupas atau sedia untuk dimakan. Ini juga disokong dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“KKM melalui BKKM telah meningkatkan pemantauan terhadap buah nanas di pasaran tempatan semenjak tahun 2017 dan bermula 2021 dengan mengenakan pemeriksaan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) ke atas baby nanas (kulit berkupas) yang diimport masuk ke dalam negara.

“Sehingga kini, sebanyak 115 sampel buah nanas telah diambil bagi tujuan analisa pelbagai parameter. 11 sampel didapati mengandungi siklamat dan telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM 8,500,” jelas KKM.

Tambah KKM lagi, pihaknya akan melakukan pemantauan secara berterusan terhadap buah nanas di semua pintu masuk negara dan pasaran tempatan bagi memastikan makanan tersebut mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

“BKKM juga turut bekerjasama dengan Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia bagi perkongsian data pemantauan nanas yang dijual di pasaran tempatan,” ulasnya.

Difahamkan, didenda boleh dikenakan tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sesiapa yang disabitkan dengan kesalahan tersebut.

Hantaran yang dimuat naik oleh KKM:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.