Connect with us

Semasa

Rumah Banglo 5 Tingkat Runtuh, Dipercayai Akibat Tanah Runtuh

Kejadian tanah runtuh merujuk kepada keadaan fenomena semula jadi yang sering dikaitkan dengan perubahan kedudukan tanah sesuatu kawasan itu.

Iospital phone repair gombak

Pada lewat malam semalam, sebuah banglo lima tingkat dilaporkan rosak di bahagian dapur dan bilik tidur selepas ditimpa tanah runtuh di Taman Halaman, Ampang, lapor Sinar Harian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis memaklumkan bahawa seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang bergegas ke tempat kejadian untuk misi menyelamat.

Dikatakan mereka segera bertindak selepas pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 2.26 pagi.

“Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati tanah dan batuan dari cerun bukit menimpa dan merobohkan dinding dapur rumah mangsa di tingkat satu dan bilik tidur tingkat dua.

“Anggaran luas runtuhan tanah di bahagian belakang rumah kira-kira 35 x 20 kaki persegi namun kejadian itu tidak melibatkan mangsa,” katanya, lapornya.

Selain itu, pihak penyelamat turut melakukan pemeriksaan di semua tingkat kediaman tersebut bagi memastikan semua penghuni keluar dengan selamat dari kawasan tersebut termasuklah sepasang suami isteri berusia 39 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

“Kita juga telah membuat pemeriksaan pergerakan tanah dan memasang sawar-sawar di kawasan tanah runtuh. Unit Cerun Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan menjalankan tindakan seterusnya,” ulas lanjutnya.

Menerusi laporan Harian Metro, mangsa Nur Shazeilla Aziz, 39, menerangkan bahawa kejadian tersebut berlaku sewaktu dia sedang tidur di bilik utama sebelum terjaga akibat gegaran yang sangat kuat.

“Rumah bergegar macam gempa bumi,” katanya.

Suami mangsa, Ahmad Mohar Khamis, 39, pada ketika itu pula sedang berada di luar membersihkan laman yang dipenuhi lumpur selepas ditimpa hujan lebat semalam.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi. Saya dan anak sudah tidur, tapi suami sedang membersihkan laman depan sebab setiap kali hujan tanah lumpur mengalir dari belakang rumah.

“Mungkin sebab hujan terlalu lebat, berlaku gegaran hingga mengakibatkan tanah runtuh. Gegaran itu membuatkan saya terjaga dan tengok tembok belakang rumah sudah runtuh. Saya tak terkata dan macam tak rasa kaki dah.

“Masa tu saya fikir antara hidup dan mati saja. Saya tak berhenti menangis,” jelasnya mengenai kejadian yang menimpa mereka sekeluarga itu.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.