Connect with us

Semasa

Roti Canai Dinobatkan ‘Street Food’ Terbaik Di Dunia, Bukan Pertama Kali Disenaraikan

Siapa sahaja yang tidak tahu makanan kegemaran rakyat Malaysia, roti canai. Seperti yang kita tahu, roti canai ini sesuai disantap untuk sarapan pagi dan sesuai dijadikan hidangan ringan untuk harian.

iospital phone repair gombak

Terbaru, roti canai mencatatkan rekod ‘street food’ terbaik di dunia menurut carta TasteAtlas yang merupakan portal panduan pelancongan Croatia.

Difahamkan, temat kedua diduduki oleh Gulung lumpia Filipina, yang dikenali sebagai ‘lumpiang Shanghai’.

Kemudian diikuti oleh banh mi Vietnam dan juga karaage Jepun.

Menariknya, paratha yang merupakan makanan daripada negara India mencatatkan rekod tempat kelima dalam senarai tersebut.

Sedangkan, roti canai sebenarnya dibuat sama prosesnya seperti paratha tetapi diolah sehinggalah ianya menjadi ‘roti canai’.

Sekadar rekod, ini bukanlah kali pertama Malaysia berjaya dinobatkan sebagai makanan antara yang terbaik di dunia.

Terdapat beberapa makanan lain yang diangkat sebagai antara makanan terbaik di dunia sebelum ini.

Buktinya, Laksa Sarawak pernah diangkat sebagai Makanan Terbaik di Asia oleh portal yang sama dengan skor 4.8 daripada 5 bintang pada September yang lalu.

Namun begitu pada bulan Mac lalu, Bubur Ayam dari Indonesia telah mengalahkan Nasi Lemak yang sekadar berada di kedudukan ‘OK’ sahaja dengan mencatatkan markah sebanyak 3.9 bersama-sama dengan Chilli Crab dari Singapura dan Banh Xeo dari Vietnam.

Bagaimanapun, Nasi Lemak yang diundikan ‘OK’ sahaja itu mendapat kritikan daripada rakyat tempatan Malaysia.

Sebahagian rakyat Malaysia berpendapat dan mendakwa bahawa pihak TasteAtlas mungkin tidak pernah merasa Nasi Lemak yang sebenar.

Malah salah seorang pengguna Facebook yang berasal dari luar negara turut berasa hairan akan bagaimana proses undian itu dibuat.

Hal ini disebabkan baginya, Nasi Lemak sepatutnya berada di antara kedudukan terbaik makanan di Asia Tenggara.

Sekadar info, ketika artikel ini sedang ditulis, menu roti canai jatuh di kedudukan ketiga dalam senarai Street Food terbaik di dunia.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.