Connect with us

Viral

Rosyam Nor & Rina Harun Guna ‘Bahasa Kasar’ Untuk Promosi Program Rasmi Rasmi Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Umumnya, peranan wanita kini telah bertambah bukan sahaja menjadi isteri dan ibu malah turut berperanan dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap pembangunan negara. O.eh hal demikian, suatu program bakal diadakan iaitu ‘Program Keusahawanan Wanita Bangkit’.

Walau bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian orang ramai ialah video TikTok yang memaparkan Menteri Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun bersama Datuk Rosyam Noor mengenai cara mereka mempromosikan program tersebut.

Menerusi video berdurasi 40 saat itu, dapat dilihat mereka menggunakan menggunakan ‘bahasa kasar’ dalam mempromosikan program tersebut untuk menarik orang ramai untuk hadir.

Sekadar makluman, video tersebut turut tular di laman sosial Twitter dimuat naik oleh pengguna @PoliticoMy.

Namun begitu, ramai warganet berasa kurang senang dengan video promosi tersebut kerana bagi mereka bahasa sopan dan formal haruslah digunakan dalam mempromosikan acara rasmi sebegini.

“Bangun lambat, bangun lambat, semuanya lambat. Perempuan ni, wanita ni semuanya lambat. Eh bangkitlah! Bangkit! Bangun daripada tidur! Besok dekat WTC, ada program aku dengan Datuk Seri Rina dengan KPWKM.

“Besok siapa-siapa nak masuk, korang datang je dekat sana. Pukul 9 pagi, korang jumpa aku, aku nak belasah kepala korang. Amacam Datuk Seri? Balik dulu…” kata Rosyam menerusi video tersebut.

Namun Rina Harun tidak berdiam diri, dan membalas semula apa yang diperkatakan oleh Rosyam Nor seperti mempertahankan nama wanita dengan menjawab gurauan Rosyam Nor itu.

“Datuk, saya nak beritahu. Kita selalu dengar, di sebalik kejayaan lelaki, ada wanita hebat di sebelahnya. Tetapi di sebalik kejayaan seorang wanita, belum tentu ada lelaki di sebelahnya.”

“Tetapi kalau wanita yang menangis, siapa yang pujuk?” kata Rosyam Nor sambil berlalu keluar.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen mencemuh aksi lakonan mereka yang memaparkan unsur negatif dan tidak sewajarnya digunakan untuk promosi acara berkenaan.

Bagaimanapun, masih ada yang memberikan pujian kepada Rosyam Nor dan Rina Harun.

Antara komen netizen:

“Apakah kita tiada adab lagi untuk perkara yang rasmi?”

“X lawak langsung. Xde adab cara cakap untuk tujuan rasmi mcm ni”

“terbaik Dato’Rina and Dato’Rosham 👍”

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.