Connect with us

Viral

RM4000 Peniaga Durian Lesap Gara-Gara Dipukau Warga Asing

Walaupun sudah hampir ke penghujung tahun 2022, pengamalan ilmu hitam masih diguna pakai oleh sesetengah individu tidak bertanggungjawab demi memenuhi keinginan mereka.

Ilmu hitam seperti pukau digunakan untuk melekakan seseorang demi mengaut keuntungan terutamanya. Sedang si mangsa leka dengan pukau yang digunakan, individu mula buat ‘kerja’ dan mendapatkan sejumlah wang yang bakal merugikan mangsa.

Beberapa hari lepas, seorang wanita yang mesra disapa Deq Na mendakwa dirinya telah dipukau oleh dua orang warga asing, menyebabkan duit dari hasil perniagaan duriannya lesap sekelip mata!

Kejadian sempat dirakam oleh CCTV sebuah kedai runcit berdekatan sebelum dimuat naik ke TikTok.

Menurut video yang dikongsi, Deq Na kehilangan wang berjumlah RM4000 selepas didatangi dua orang warga asing yang pada mulanya datang kerana cuma ingin menukar duit.  Tidak lama selepas itu, warga asing tersebut bertindak memukau dirinya dan beberapa orang pekerja yang lain di gerai durian berkenaan.

Walau bagaimanapun, tindakan dua orang warga asing tersebut berjaya dirakam CCTV dan dilaporkan ke pihak polis. Deq Na turut memesan kepada orang ramai agar hati-hati dengan amalan pukau yang semakin berleluasa di luar sana.

Video yang tular di laman TikTok

@rifrairam Salam.. hati² zaman sekarang zaman pukau semakin brleluasa, . Allahu 4k lesap !!!semua dh buat report polis,mujur laaa ada CCTV ade jgk bahan² bukti. . muka dh terpampang ,naik HONDA ACCORD plat kereta dh npk(tpi syg plat palsu). . si pemukau tu muka pakistan/arab,dia buat kerja 2orang(mgkin rmai lagi puak² dia). . kepada peniaga² mcm saya jgn mudah trpedaya jika ade org nk tukar duit ke?nk tkr no siri duit tu ke? #shareguy #fypシ゚viral ♬ original sound – Farah Intan ❤️

@rifrairam Reply to @runnerkuantan ♬ Astaghfirullah (Robbal Baroya) – Islamic Qasidah

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.