Connect with us

Viral

Rider Foodpanda Baran Siap Tendang Pintu Pejabat Customer Akibat Salah Pin Location

Menjadi penghantar makanan bukanlah pekerjaan yang mudah. Banyak tenaga yang perlu dikerah. Bukan sahaja tenaga, malah harus pandai mengurus masa agar makanan sampai ke pelanggan tepat pada masanya untuk mengambil pesanan seterusnya.

Bukan itu sahaja, mereka turut terpaksa berdepan dengan cuaca yang tidak menentu, melayan kerenah pelanggan yang bermacam-macam ragam dan macam-macam lagi!

Tular baru-baru ini dimana seorang rider Foodpanda mengamuk apabila pelanggannya gagal dihubungi selepas salah pin location!

Situasi tegang di antara rider dengan dua orang lagi pelanggan sempat dirakam dan dimuat naik sendiri ke laman TikTok oleh pelanggan tersebut yang bernama Uci.

Video memaparkan pada mulanya rider bertengkar dengan rakan sekerja Uci, Ema. Malah rider dilihat menendang-nendang pintu pejabat mereka ketika bertengkar.

Uci dikatakan mengaku kesilapannya yang salah pin location dan gagal dihubungi. Dia turut meminta maaf dan menawarkan tips kepada rider tersebut namun enggan diambil kerana katanya tidak mencukupi.

Usainya pertengkaran antara mereka bertiga, rider tersebut beredar dari pejabat tersebut dengan keadaan masih marah lalu masih menendang barang-barang yang ada di luar pejabat.

Setakat ini, video berdurasi 41 saat itu sudah mencecah jumlah tontonan sebanyak 2.7 juta dan mendapat hampir 100 ribu tanda suka!

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya menyokong dan bersimpati dengan rider Foodpanda tersebut. Malah ada juga rider Foodpanda yang seangkatan berkata setiap minit adalah berharga buat mereka untuk menyara keluarga di rumah.

Dalam pada masa yang sama, netizen beranggapan isu ini tidak perlu diperbesarkan dan menjadi viral demi content, sebaliknya kedua-dua belah pihak patut menyelesaikan masalah secara baik-baik.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“klau aku pn mgamok..salah pin 1 hal..call xberangkat 1 hal..Bg Kami Masa Itu Gaji Kami..So jgn Pertikai klau Brader tu Mngamok..”

 

“kesian abg rider tu..mesti cust lain cancel oder n maki dy😓”

“setiap minit Kami Tu adalah duit untuk Sara hidup anak Bini…Kami Pon xsempat nak makan sebab nak bagi cust Kami makan..”

 

“yg sokong abg rider😔🤞”

 

“paling kesian kt rider tu..dah la angin pin tmpt salah,call xangkt..terpaksa cancel order lain..YG PALING TERUK KENA VIRAL LAGI😔”

 

“kau jadi lah rider seminggu tgok 😂”

“Jangan disebabkan nk buat content Rider jadi mangsa. Rider penat cari rezeki . semoga dipermudahkan segala urusan kita semua”

“Klau blh bnda mcm ni xyah g viralkan.dia penat tu g cari rezeki. Lgi2 bila dpt bnyk job🥺”

 

Video yang tular di laman TikTok

@uciluna_ Tak sangka jadi kejadian gaduh macam ni , punca uci salah pin tempatt 🥲 .. #rider #viral #malaysia #delivery #jomwatchlive ♬ suara asli – 🤎𝓭𝓭_𝓮𝓷𝔂〽️

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.