Connect with us

Viral

Berang Kena Hon, Lelaki Acah Samseng Ingin Hempuk Kereta Disiasat Polis

Seperti yang kita tahu, Jalan Temiang-Pantai telah menjadi tumpuan orang ramai sejak kebelakangan ini kerana pemandangannya yang cantik bak New Zealand!

Namun, ramai pula yang menyalahgunakan lorong kecemasan dan memberhentikan kenderaan mereka di situ untuk bergambar.

Keadaan menjadi bertambah gawat apabila tiba musim cuti mahupun hujung minggu dengan kedatangan pengunjung-pengunjung dari pelbagai negeri.

Oleh itu, pihak berkuasa telah memberi amaran kepada pengguna lebuh raya tersebut dan mengingatkan bahawa pesalah boleh berdepan dengan hukuman denda jika didapati sengaja menggunakan lorong kecemasan di situ.

Pun begitu, masih ramai pemilik kenderaan yang degil dan tidak mengendahkan perintah yang dikeluarkan. Didapati masih banyak kenderaan diletakkan di lorong kecemasan.

Sebagai bukti, beberapa hari lepas tular seorang pengguna jalan merakam aksi seorang penunggang motosikal hampir ‘menghempuk’ keretanya dengan topi keledar!

Menurut video yang dikongsi di Facebook Dashcam Owners Malaysia, pemandu tersebut membunyikan hon sebagai tanda peringatan.

Video memaparkan lelaki yang menunggang motosikal itu berada di lorong kenderaan dan boleh mengundang bahaya orang ramai termasuk dirinya.

Namun tindakannya menghayunkan topi keledar semasa kereta pemandu lalu di sebelahnay telah menaikkan darah ramai!

Kata Up Wah Ab, pemilik rakaman dashcam ini, dia tidak kisah jika konvoi motorsikal itu mahu mengambil gambar tapi ada hadnya sambil mengenakan hashtag PDRM.

Penunggang motosikal itu dipercayai berbuat sedemikian kerana berasa tidak puas hati terhadap pemandu kereta membunyikan hon kepadanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata geram dengan penunggang motorsikal dan berseloroh sepatutnya dilanggar sahaja.

Berikut antara komen-komen netizen

Selain itu, netizen berpendapat lelaki tersebut sewajarnya mengucapkan terima kasih kerana sesama mengingatkan dan bukan berlagak samseng di atas jalan raya.

Video yang tular di laman Facebook:

Setakat ini, video ini telah berjaya mengumpul tontonan sebanyak 78 ribu dengan 2.3 ribu tanda suka dan 2.1 perkongsian!

Tak kurang juga netizen yang memberi cadangan kepada pemilik video untuk membuat laporan polis supaya lelaki tersebut diambil tindakan lanjut.

Terbaru, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada hari yang sama iaitu pada waktu tengah hari di mana terdapat sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti dan meletakkan kenderaan di dalam laluan kecemasan di lokasi kejadian.

“Pada masa yang sama, rakaman video dari kamera papan pemuka (dashcam) tersebut turut memaparkan seorang individu seakan-akan cuba untuk membaling objek ke arah kenderaan perakam.

“Bertindak atas rakaman yang diperoleh, satu siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pesalah yang terlibat. Kes disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan galangan di atas jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.