Connect with us

Semasa

Remaja Sugul Ditahan Reman, Dipercayai Baling Pisau Akibat Bergaduh Adik Beradik

Pergaduhan itu perkara yang agak biasa berlaku terutamanya dalam kalangan adik beradik. Namun siapa sangka, isu pergaduhan antara adik beradik ini boleh melarat sehingga membawa kepada kematian.

Iospital phone repair gombak

Menurut laporan Harian Metro, seorang remaja perempuan telah didakwa membaling sebilah pisau ke arah adik lelakinya lalu maut.

Difahamkan, remaja itu telah ditahan reman selama enam hari mulai hari ini hingga 25 Oktober hadapan.

Perintah reman itu telah dikeluarkan oleh Majistret Normadiana Mamat di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Berdasarkan laporan, remaja berusia 18 tahun yang menerima pendidikan di salah sebuah sekolah bertempat di Gelang Patah itu telah dibawa ke mahkamah pada 9.25 pagi tadi.

Remaja perempuan itu kelihatan sugul dan tidak ditemani oleh mana-mana ahli keluarga.

Dikatakan, ahli keluarganya masih sibuk menguruskan hal di rumah mayat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sehingga selesai proses bedah siasat mangsa.

Pada hari semalam pula, media melaporkan bahawa mangsa, 16, telah disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang.

Punca kematian dipercayai tertusuk pisau yang dibaling kakaknya di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh di Johor.

Tragedi ini bermula apabila berlaku perselisihan faham akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika mereka pulang dari sekolah.

Pada 2.15 petang semalam, pihak polis telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut.

Menerusi hasil siasatan, kejadian itu berpunca daripada pergaduhan antara adik beradik.

Ibu mereka menyatakan bahawa mangsa bergaduh dengan kakaknya disebabkan berebut tempat duduk dalam kereta ketika mereka pulang dari sekolah.

Kemudian, kakak mangsa juga turut mengaku bahawa dia yang membaling pisau ke arah adik lelakinya setelah usai dipersenda oleh mangsa ketika masuk ke rumah.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.