Connect with us

Semasa

Suasana Pilu, Remaja 16 Tahun Maut Ketika Beli Kek Pada Hari Lahir

Kehilangan anak tersayang bagi ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah. Malah memerlukan jangka masa panjang untuk menerima kenyataan.

Walau bagaimanapun, tiada siapa yang dapat menduga bila seseorang itu akan dijemput Ilahi. Jodoh, rezeki dan ajal maut semua di tangan Tuhan.

Beberapa hari lepas seorang remaja berumur 16 tahun maut akibat kemalangan jalan raya di lampu isyarat berdekatan stesen minyak ketika ingin membeli kek pada hari lahirnya. Kek tersebut dipercayai dibeli bagi persiapan majlis sambutan hari lahirnya.

Menurut perkongsian oleh Facebook Pertubuhan Kebajikan Amal Jalanan (PKAJ), ibunya pada ketika itu sedang membuat persiapan juadah untuk menyambut hari lahir anaknya.

Berikut adalah kronologi kejadian.

Jenazah 81 ( L ) إِنَّا ِللّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رٰجِعونَ

“Hai jiwa yang tenang tenteram (muthmainah)! kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai! Masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurgaKu…”

(Al-Fajr: 27-30)

15 Jun/ 03.55 petang, terima khabaran duka dari waris untuk menguruskan jenazah anak di HUKM untuk dibawa ke Masjid Segambut. Almarhum berusia 16 tahun meninggal akibat kemalangan jalan raya di lampu isyarat Petronas Pudu.

Arwah dikatakan keluar rumah untuk membeli kek hari jadinya pada 15/6 untuk disambut bersama keluargannya dan ibunya sedang membuat persiapan untuk hari jadinya di rumah dengan menyiapkan juadah tidak menyangka ini akan menjadi persiapan akhir untuk almarhum. Namun Allah sebaik-baik perancang tanpa kita mengetahui apa yang akan berlaku.

5.00 petang PKAJ tiba di bilik mayat dan ayah kepada arwah menjalankan pengecaman terhadap anaknya..syukur segala Allah permudahkan. 5.45 petang jenazah tiba di Masjid Ubudiah bagi menjalankan urusan mandian kafan dan solat.

6.35 petang, urusan pengebumian selesai dilakukan serta dibantu sahabat-sahabat almarhum di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar Segambut.

Alhamdulillah segalanya Allah permudahkan dari awal hingga akhir. Maafkan kami andai ada terkasar bahasa yang sedar atau tidak terlebih terkurang sewaktu pengurusan dijalankan. Bersamalah kita sedekahkan Al-fatihah ke atas almarhum.

‎ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

“Allohummakhtim lanaa bil islaam, wakhtim lanaa bil imaan, wakhtim lanaa bihusnil khootimah”

Ya Allah, akhirilah hidup kami dgn Islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah (akhir yang baik).

Infaq pengurusan jenazah PKAJ:

564342626865 maybank

( Aj seven empire )

Segala infaq yang anda beri akan digunakan bagi pengurusan jenazah yang akan datang. (INFAQ ANDA ASAS KEKUATAN KAMI MENJALANKAN AMAL FARDU KIFAYAH) moga Allah melimpahi rahmat kepada penginfaq semua.

#BiarJasadKuMatiTETAPIAmalanKuSenantiasaHidup

#PKAJ

#PertubuhanKebajikanAmalJalanan

#VanJenazahSeikhlasHati

Selain itu, Pertubuhan Kebajikan Amal Jalanan-PKAJ juga menjalankan perkhidmatan ‘seikhlas hati’.

Hantaran yang dibuat di Facebook

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.