Connect with us

Luar Negara

Rakyat Tak Puas Hati Bank Bekukan Duit, China Guna Kereta Kebal Untuk Halang Penunjuk Perasaan

Bank merupakan tempat penyimpanan duit dalam jumlah banyak. Kita sering dinasihatkan untuk tidak berseorangan sekiranya ke bank kerana ditakuti menjadi mangsa jenayah rompak.

Oleh itu, bank mempunyai sistem kawalan yang ketat bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku. Bagaimanapun, masih ada kes rompakan yang berlaku sehingga pihak bank terpaksa menanggung kerugian yang tinggi.

Lebih kurang sama seperti yang terjadi di China, namun kali ini beberapa bank termasuk Bank Henan selaku antara bank terbesar di negara itu telah membekukan wang simpanan penyimpan, sekaligus menghalang penyimpan daripada mengeluarkan wang.

Punca kepada insiden yang berlaku adalah disebabkan krisis ekonomi di China telah membuatkan wang pendeposit bernilai $40 bilion yuan (~RM26.74 bilion) dibekukan.

Lebih parah, pihak kerajaan sepertinya tidak peduli malah menyebelahi pihak bank apabila tiada tindakan dalam membenarkan wang penyimpan dilepaskan. Media arus perdana turut diharamkan daripada melaporkan berita ini kepada umum.

Oleh kerana tekanan ekonomi dan jumlah peningkatan kes C19 yang semakin mendadak membuatkan orang ramai terpaksa mengeluarkan simpanan daripada bank untuk menampung kehidupan seharian.

Ekoran daripada itu, sejumlah besar penyimpan di bank berkenaan telah mengadakan protes sehingga ada yang sanggup menceroboh semata-mata ingin mengeluarkan wang dari bank berkenaan.

Pihak kerajaan China yang melihat keadaan semakin tidak terkawal telah mengarahkan pihak polis serta kereta kebal digunakan dalam menghalang pihak penunjuk perasaan ini.

Dalam pada itu, pihak bank di China dilaporkan sudah mulai melepaskan semula wang para penyimpan dan pelabur bermula 15 Julai secara berperingkat.

Insiden yang melibatkan beberapa bank di China ini turut dilabel sebagai antara scam bank terbesar dunia sekaligus menggugat pengaruh Xi Jinping sebagai Presiden China.

Ciapan yang tular di laman Twitter

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.