Connect with us

Viral

Rakam Bayi Menangis Guna Sound Biadap, Jururawat Dikecam

Sejak daripada PKP dua tahun lalu, ramai yang menjinak-jinakkan diri dengan membuat content di TikTok termasuklah golongan dewasa yang sudah bekerja. Dua tahun lalu keluar satu kenyataan di mana penjawat awam dilarang memuat naik video di tempat kerja ke TikTok.

Terdapat penjawat awam yang memakai uniform jabatan masing-masing merakam video yang tidak senonoh serta berunsur negatif. Sebagai penjawat awam yang memakai uniform rasmi, mereka hendaklah menghormati jawatan yang disandang.

Baru-baru ini tular sebuah video TikTok yang dimuat naik semula di Twitter memaparkan seorang jururawat menggunakan sound yang kurang sedap didengar sambil merakam bayi menangis di bawah fototerapi.

Tindakan jururawat bernama @shahiraazman1996 menimbulkan geram ramai apabila sound yang dikenakan pada video menunjukkan seolah-olah dia mengeluh dan penat mendengar bayi yang menangis.

Selain melanggar etika bekerja kerana sesuka hati merakam video bayi pesakit, dia didakwa oleh netizen tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang jururawat dengan baik.

Selain itu, pihak UKM Specialist Centre (UKMSC) tampil dengan kenyataan rasmi memaklumkan jururawat yang merakam video tersebut merupakan bekas petugas yang telah menamatkan perkhidmatan bersama UKM pada awal tahun 2022.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen marah dan menganggap jururawat berkenaan biadap. Selain kasihan kepada bayi, mereka turut mempersoalkan motif jururawat ini merakam video bayi yang sedang menangis.

Tweet yang tular di laman Twitter

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.