Connect with us

Viral

Raffa Affar Didakwa ‘Melingkupkan’ Lagu, Peminat Dari Malaysia Kecewa Dengar Tiara Secara Live

Kumpulan Kris merupakan sebuah kumpulan rock popular di Malaysia pada tahun 90-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Antara lagu hits mereka adalah Tiara,  sentuhan dari komposer terkenal Malaysia, M.Nasir.

Berbekalkan lagu berhantu Tiara, Kris tidak mengambil masa yang lama untuk menempa populariti. Dalam masa yang singkat mereka berjaya menempatkan diri sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock yang sedia ada.

Bagaimanapun, lagu itu kini menjadi ‘single‘ terbaharu pemuda dari Jawa Barat Indonesia bernama Raffa Affar selepas mengeluarkan lagu hit bertajuk Cinta Sampai Mati!

Selain itu, Raffa turut terkenal di platform media sosial TikTok dengan 4.8 juta pengikut. Namun namanya mula dikecam peminat tegar lagu rock Melayu setelah dia merakam ulang (cover) lagu Tiara yang sering menjadi nyanyian anak muda zaman itu.

“Lagu ini dekat dalam hati saya dan saya rasa bahagia apabila dapat menyanyikan lagu ini.” jelas Raffa apabila ditanya mengapa lagu Tiara menjadi pilihan dalam pada beribu lagu malar segar yang ada di Malaysia.

Pun begitu, kebanyakan peminat dari Malaysia tidak menggemari dengan perubahan yang Raffa buat ketika membawa lagu itu. Manakan tidak, lagu yang asalnya slow rock berubah menjadi mendayu-dayu!

Tiara yang kini telah mencecah 20 juta tontonan di YouTube Raffa Affar membenarkan pemuda itu untuk mempersembahkannya dalam sebuah acara muzik bersiaran langsung namun malangnya persembahannya itu dianggap oleh peminat dari Malaysia hanya ‘merosakkan’ lagu sahaja.

@mohd_yusuf86KLU aku nyanyi kelaut xpe sbb aku bukan artis .♬ bunyi asal – Mohd yusuf

Dalam pada itu, Raffa disokong oleh peminatnya yang berkata mungkin pemuda itu gemuruh memandangkan ini merupakan kali pertama Raffa menyanyi secara langsung di depan umum yang ramai.

Turut ada yang berpendapat auto-tune dalam sesi rakaman banyak membantu ‘menyedapkan’ suara penyanyi. Oleh itu tidak hairanlah jika penyanyi tidak dapat menyanyi sama seperti dalam lagu.

Bukan setakat peminat, pejuang dalam industri musik seperti Dato’ Hattan turut mengkritik cara pembawaan lagu Tiara yang dibuat oleh Raffa!

“Tidak dinafikan versi baharu Tiara ini sebenarnya mendapat perhatian anak muda tetapi perlu diingatkan tidak perlu melebih-lebih sehingga hilang feel dan melodi asal.” jawab beliau ketika disoal berkenaan trend anak muda membuat cover lagu-lagu lama.

“Nak rakam tu boleh tapi biar betul caranya. Ni kau rakam lembik-lembik, macam ular kena pukul pula. Belajar hormati lagu. BBNU ni rakam entah jadi apa bunyinya. Ditukarnya melodi, salah tu. Nak rakam, rakam elok-elok,” katanya.

@amieyussof87 Reply to @ose7eno ♬ original sound – Dior

Buat yang sudah biasa dengan versi asli, pasti akan berpihak kepada Kris. Buat yang baru mengenali Tiara menerusi Raffa, akan suka versi Raffa. Namun yang penting, lagu Tiara sudah mempunyai peminat baharu bukan sahaja di Malaysia, tetapi di Indonesia.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.