Connect with us

Viral

Punyai Hobi Unik Mengesan Barang Berharga di Pantai, Pemuda Berazam Pulangkan Kepada Tuan

Seperti yang sering kita lihat di luar negara, orang berkulit putih sering meneroka laut-laut untuk membersihkan kawasan di situ. Content sedemikian sering dimuat naik ke YouTube dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Selain terjumpa plastik-plastik yang tersangkut di antara batu karang, para penyelam ini juga sering menjumpai barang-barang berharga seperti barang kemas, telefon pintar, kaca mata dan sebagainya!

Baru-baru ini, ditemui seorang lelaki yang mempunyai hobi unik di masa lapang iaitu menjejaki barang berharga yang tertimbus di pantai. Malah dia turut berazam untuk mencari pemilik asal.

Lelaki bernama Suhaimi Razali, 35, menjalankan hobinya di Pantai Batu Lapan di Teluk Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan, lapor Bernama.

Dipercayai dia menggunakan pengesan logam dan penyodok tanah untuk menemui barangan atau objek logam yang mungkin tertanam di dalam gigi air atau sepanjang pantai.

Menurut pekerja yang bekerja sendiri itu, antara barangan berharga yang ditemui ialah cincin, loket dan gelang tangan.

Barangan berharga itu akan disiarkan di bahagian laman Facebook MD Miebinjai Gold Merchant dengan tujuan mencari pemilik asal.

Difahamkan, Suhaimi bukan sahaja mencari barang kemas, malah melakukan ‘amal jariah’ dengan membantu mengesan objek tajam dan berbahaya terhadap pengunjung di pantai itu.

Hantaran yang tular di laman Facebook

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.