Connect with us

Viral

PU Rahmat Tampil Beri Teguran Kepada Usahawan, Henti Jadikan Kaabah Sebagai Alat ‘Marketing’

Menjejakkan kaki ke Kota Suci Makkah merupakan suatu idaman bagi setiap insan yang beragama Islam untuk menunaikan ibadah. Namun begitu, masih ada individu yang mengambil kesempatan ketika peluang itu diberikan.

Iospital phone repair gombak

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, seorang usahawan dikatakan mengambil kesempatan dengan memaparkan produk mereka walhal sepatutnya fokus mengerjakan ibadah.

Difahamkan, tindakan yang tidak wajar itu mendapat perhatian pendakwah selebriti iaitu Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan.

PU Rahmat tampil memberikan teguran dan nasihat kepada mana-mana individu yang berbuat demikian terutama sekali terhadap pengasas kosmetik yang membawa produk memasuki kawasan Masjidil Haram.

Dikatakan, PU Rahmat memohon agar mana-mana individu tidak menggunakan Kota Suci Makkah sebagai alat pemasaran atau alat dagangan untuk menarik pembeli bagi meraih jualannya.

“Wahai founder (pengasas) produk . Berhenti jadikan Kaabah sebagai alat marketing. Berhenti bawa produk kamu ke dalam kawasan Masjidil Haram,” tulis PU Rahmat menerusi hantaran yang telah dimuat naik di laman Facebook.

Dalam pada itu, PU Rahmat juga berharap agar pengasas kosmetik itu insaf dan tampil lakukan permohonan maaf.

Jikalau hal tersebut tidak dilakukan, beliau mendoakan agar perniagaan yang diusahakan oleh golongan mereka itu akan musnah kerana telah menggunakan rumah Allah sebagai alat mempromosikan jualannya.

Menjengah di ruangan komen, warga netizen bersetuju dengan pendapat yang dikeluarkan oleh PU Rahmat menerusi hantaran di laman Facebooknya itu.

Ada juga netizen yang menganggap bahawa tindakan usahawan kosmetik itu seakan seperti penunggang agama kerana menggunakan nama agama demi memancing orang lain untuk membeli barang niaganya.

Antara komen netizen:

“Jika ada unsur menipu dgn cubaan memancing pembaca utk membeli.. sy aminkan ..amiin..”

“boleh diklasifikasikan sebagai penonggang agama x ni ustat?”

“founder penunggang agama”

“Try hard to menegakkan benang yg basah”

“Pergi ke sana untuk tinggalkan dunia. Di bawanya dunia sekali buat apa.”

 

Hantaran yang dibuat:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.