Connect with us

Viral

“Projek gah, maintenance kelaut.” Netizen Kecewa Jambatan River of Life Retak, Jubin Tercabut Gara-Gara Tidak Diselenggara

Bagi individu yang bukan dari Kuala Lumpur tetapi ingin ke sana, River of Life merupakan antara tempat persinggahan pelancong kerana pemandangannya yang cantik. Dengan projek River of Life, sungai dalam bandaraya KL yang dulunya kotor sudah mula berwajah baru.

Kawasan sekitar Masjid Jamek sudah ada landskap, mural dan juga lampu biru bila waktu malam. Kawasan yang dulunya cuma tempat pejalan kaki sekarang sudah berpokok hijau. Landskap kawasan ini sekarang sudah ceria.

Pun begitu, lokasi hangat yang siap dibina pada 2018 ini semakin lama dikhabarkan semakin merudum faktor keselamatannya. Terdahulu, kanak-kanak terjatuh ke dalam sungai gara-gara tidak perasan akan lubang berdekatan pagar laluan pejalan kaki.

Beberapa hari lepas pula, seorang pengguna Twitter, @ruud_irwan, memuat naik beberapa keping gambar di mana struktur jambatan dan tangga di situ dilihat semakin meragukan orang ramai yang datang berkunjung ke situ.

Menurut gambar yang dikongsi, jambatan River of Life retak malah jubin sudah mula pecah dan tertanggal! Isu ini hangat diperkatakan kerana boleh mengancam keselamatan pengunjung terutama sekali pada waktu malam.

Jelas Irwan, dia sudah membuat aduan dan berharap agar pihak bertanggungjawab segera membaiki dan menggunakan bahan yang lebih berkualiti selepas ini kerana beranggapan ianya amat rugi jika lokasi tarikan pelancong ini dibiarkan musnah begitu sahaja.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut melihat keadaan ‘daif’ River Of Life. Menurut mereka, kelemahan utama negara ini adalah hanya mempunyai seni bina bangunan yang cantik semata-mata namun tidak sejajar dengan proses penyelenggaraan.

Ciapan yang tular di laman Twitter

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.