Connect with us

Semasa

Program Pendakwah Keturunan Baginda SAW Dibatalkan, Kelewatan Permohonan Menjadi Punca

Sebagai seorang manusia, kita tidak boleh mempercayai sewenang-wenangnya dengan sesuatu perkara. Oleh hal demikian, kita haruslah lebih berhati-hati dalam mempercayai sesuatu perkara sehingga dibuktikan ianya sahih dan benar.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, seorang pendakwah yang dikatakan mempunyai keturunan Nabi Muhammad s.a.w heboh diperkatakan akan kesahihannya dan dikatakan beliau akan menghadiri beberapa program di Malaysia sebagai pendakwah jemputan.

Akan tetapi memetik laporan Harian Metro, program itu telah dibatalkan atas sebab kelewatan permohonan dan salah faham yang berlaku.

Dikatakan, program yang bakal dihadiri oleh pendakwah berketurunan ke-38 Baginda s.a.w itu sepatutnya dianjurkan di enam negeri termasuklah Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

Namun begitu, program itu hanya dapat dijalankan di Pulau Pinang sahaja manakala lima negeri lain membatalkan program berkenaan disebabkan kelewatan dalam permohonan tauliah untuk diadakan.

Difahamkan, program tauliah itu hendaklah dipohon dan dikemukakan sebelum majlis berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebelumnya telah memaklumkan bahawa penganjuran majlis yang dihadiri oleh pendakwah adalah tidak dibenarkan kerana pendakwah itu tidak mempunyai pertauliahan daripada Jais.

Pengerusi Nur Al-Mustafa Malaysia, Hakim al-Mustafa manakala menjelaskan bahawa wujudnya salah faham mengenai isu tersebut.

Nur Al-Mustafa Malaysia yang bertindak sebagai penganjur program jelajah tersebut bagaimanapun telah menerima keputusan tersebut dengan rela hati.

Program yang sepatutnya diadakan di Pulau Pinang itu dilaksanakan hasil kerjasama erat antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan agensi berkaitan untuk melancarkan perjalanan program, menurut hakim tersebut.

“Untuk program di Pulau Pinang, kami mengemukakan permohonan seminggu sebelum tarikh majlis, namun, Alhamdulillah pihak Jabatan Mufti Pulau Pinang sangat membantu dan proaktif.

“Sebelum kebenaran diberikan, jabatan agama Islam negeri memanggil kami selaku penganjur, wakil mufti, wakil Universiti Sains Malaysia (USM) selaku tempat majlis diadakan dan wakil polis.

“Selepas meneliti semua dokumen dikemukakan, semua agensi berkenaan berpuas hati dan memberi kebenaran menganjurkan program itu,” terang beliau.

Berdasarkan kenyataan Hakim al-Mustafa, pihaknya mengakui kesilapan penganjur kerana permohonan dikemukakan lewat sehinggakan majlis itu tidak dapat diteruskan.

Walau bagaimanapun, ianya berlaku disebabkan jadual yang padat dan hanya mengetahui kelapangan waktu tetamu jemputan pada saat-saat akhir.

“Dalam isu ini, berlaku banyak salah faham, namun saya selaku penganjur terbuka dalam hal ini, semoga ada hikmah terhadap apa berlaku.

“Berhubung pengiktirafan nasab keturunan, Mawla Muhammad Amin mempunyai perakuan nasab daripada Kementerian Dalam Negeri Maghribi dan pengakuan nasab ini kesalahan berat di negara berkenaan.

“Kita mempunyai bukti dan dokumen sangat jelas berhubung butiran nasab keturunan, cuma wujud segelintir masyarakat kita yang bersangka-sangka dalam isu ini,” ulas beliau lanjut.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.