Connect with us

Politik

PRN Johor: Ahmad Zahid Tinjau Persiapan ‘Lambang Biru’

Pengerusi parti politik Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat semakin giat membuat persediaan dalam bertanding pada pilihan raya negeri yang akan datang.

Walaupun negara sedang sibuk menangani pandemik COVID-19, isu tersebut tidaklah menjadi penghalang buat Zahid untuk turun padang, berjuang demi ‘lambang biru’.

Memasuki hari ketiga pembubaran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, persiapan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya negeri yang pertama kali bakal diadakan itu semakin aktif.

Menurut laporan yang dibuat oleh Astro Awani, difahamkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah pun selamat tiba di negeri selatan ini untuk mengadakan pertemuan dengan Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Media turut difahamkan Presiden UMNO itu akan berada di Johor selama satu malam serta tugas untuk menyelaras jentera dan perancangan parti akan digalas oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Presiden turun hari ni, dengan Tok Mat (Mohamad) untuk bejumpa dengan Datuk Hasni secara tertutup.”

“Persiapan lebih kurang macam Melaka. Cuma (BN) Johor ni lebih yakin daripada Melaka. Melaka dulu macam tak yakin, tetapi Johor macam lebih yakin. Sebab itu BN Johor tak nak share (berunding) dengan sesiapa dan nak bergerak solo,” katanya.

Sementara itu, berkemungkinan besar BN Johor akan menggunakan formula di Melaka iaitu lebih kurang 86 peratus muka baharu dan muda untuk pilihan raya kali ini.

Mohamad memaklumkan pada Isnin, UMNO sendiri melihat minimum 46 kerusi untuk mereka tandingi pada PRN kali ini.

“Kita lihat minimum 42 kerusi, untuk UMNO sahaja, 42 kerusi daripada 56,” katanya lagi semasa ditemu bual.

Selain daripada itu, Hasni berkata permintaan MIC Johor untuk bertanding lima kerusi DUN pada PRN kali ini boleh dilaksanakan sekiranya mendapat ‘lampu hijau’ daripada pimpinan tertinggi BN.

Pengerusi BN Johor itu berkata, beliau tidak akan menentang sekiranya Pengerusi BN mengarahkannya berbuat demikian.

Tambahnya lagi, beliau berharap Tan Sri SA Vigneswaran, Presiden MIC dapat menyampaikan hasrat untuk bertanding di lima kerusi itu, untuk dibincangkan di peringkat Pusat.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.