Connect with us

Politik

Presiden UMNO Nekad Mahu PRU15 Pada Tahun Ini, Tentangan Pihak Pembangkang Bukan Penghalang

Sejak kebelakangan ini, sering kita dengar mengenai tarikh Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) sama ada diadakan cepat ataupun lambat. Hal ini disebabkan isu banjir yang seringkali terjadi akibat musim tengkujuh pada hujung tahun ini.

iospital phone repair gombak

Menerusi laporan Kosmo, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi memaklumkan bahawa PRU15 bakal diadakan pada tahun ini juga.

Menurut kenyataan beliau, perkara itu tidak menjadi penghalang pihaknya walaupun mendapat tentangan daripada pihak pembangkang yang menyatakan bahawa kebiasaannya akan berlaku banjir.

“Kami sudah berjumpa dan selidik dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), jadi kita adakan PRU sebelum banjir.

“Ini juga berkemungkinan perjumpaan dengan semua ketua bahagian buat kali terakhir sebelum PRU-15 diadakan,” terang beliau mengenai isu ini.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.