Viral
“Power la bang” Berjalan Sejauh 26KM Akibat Gangguan Operasi LRT, Tindakan Lelaki Tersebut Terima Pujian Netizen

Seperti yang kita sedia maklum, LRT Kelana Jaya Line mengalami gangguan operasi selama seminggu bermula pada 9 November ini. Disebabkan pengangkutan awam ini menjadi keperluan majoriti penduduk kota, kesannya dapat dirasai oleh penggunanya.
Begitu juga dengan nasib seorang lelaki yang tular dengan videonya yang memaparkan dia terpaksa berjalan kaki sejauh 26 kilometer dari LRT Kerinchi ke KL Sentral disebabkan LRT laluan Kelana Jaya tergendala.
Berdasarkan video yang dimuat naik di laman TikTok @adameji7, pada awalnya dia sudah pun berjalan dari Universiti Malaya (UM) ke LRT Kerinchi.
Akan tetapi disebabkan stesen LRT Kerinchi itu tutup, jadi dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Stesen LRT di KL Sentral.
Bagaimanapun, akhirnya dia menukar rancangan untuk menaiki Monorel ekoran keadaan huru hara di stesen tersebut.
Setelah sampai di Monorel Dang Wangi, dia pun bertindak berjalan kaki ke KLCC dengan ditemani hujan lebat sambil mengharapkan servis LRT masih berfungsi di sana.
Ternyata LRT KLCC juga turut mengalami gangguan operasi dan dia bertindak berjalan kaki sehingga ke LRT Ampang Park seterusnya menaiki bas.
Akhirnya berjalan kaki semula sehingga ke LRT Jelatek, dia pun berjaya sampai ke rumah dengan selamat.
Dikatakan walaupun penat kena berjalan sejauh 26 km dan meredah hujan lebat, akan tetapi dia hanya berfikiran positif dan berpendapat sekurang-kurangnya dia memperoleh badan yang sihat.
Meninjau di ruangan komen, warganet memuji sikap lelaki tersebut walaupun jauh berjalan kaki tapi masih kekal positif menghadapi liku-liku cabaran dek masalah gangguan LRT.
Bukan itu sahaja, ada juga yang menyarankan agar menggunakan kemudahan awam yang lain kerana risau laluan pejalan kaki di KL agak kurang selamat, tambah-tambah lagi apabila hujan.
Antara komen netizen:
“Dah bole masuk Half Marathon dah ni. Bertabahlah bro!”
“positive abam ni..good job!”
“why tak naik bas? just a concern lah sebab yelah redah hujan bagai”
Video yang tular:
@adameji7 LRT rosak but at least i have a healthy body! 🤩 #fyp #fypdongggggggg #lrtrosak #rapidkl #adameji7 #malaysiatiktok #africanmalaysian #kualalumpur #kelanajayaline ♬ original sound – Adam Eji