Connect with us

Luar Negara

Polis Malang Kota Bersujud Tanda Kesal, Mohon Maaf Atas 131 Mangsa Maut Tragedi Stadium Kanjuruhan

Terdahulu, penuh di kaca media mengenai insiden malang yang berlaku sewaktu Liga 1 Indonesia sehingga melibatkan kematian. Kejadian yang bertempat di Stadium Kanjuruhan itu mendapat perhatian daripada segenap dunia.

Iospital phone repair gombak

Berdasarkan laporan media tempatan Kompas.com, seramai 100 anggota polis Malang Kota di Indonesia melakukan sujud sebagai tanda permohonan maaf atas 131 mangsa yang maut dalam tragedi yang berlaku di Stadium Kanjuruhan pada 1 Oktober yang lalu.

Menerusi pendapat pakar psikologi forensik dan pemerhati polis Reza Indragiri Amriel yang dibuat melalui aplikasi Whatsapp, beliau menyatakan bahawa tindakan sujud yang dilakukan oleh pihak polis Malang Kota itu diharap dapat meyakinkan orang ramai bahawa pihak polis benar-benar meminta maaf berhubung tragedi yang berlaku itu.

Kata Reza, tindakan yang dkilakukan oleh pihak polis Malang Kota itu sama seperti tindakan simpati yang telah dilakukan oleh pasukan polis di Amerika Syarikat (AS).

Difahamkan terdahulu, pihak polis di AS itu melakukan sedemikian sebagai tanda maaf atas suatu insiden yang melibatkan kematian seorang warga minoriti berkulit gelap, George Floyd pada 25 Mei 2020.

Dikatakan, sikap meminta maaf dan insaf atas perbuatan ini amat penting sebagai suatu bentuk kekesalan kepada orang ramai yang mengalami kehilangan keluarga dalam tragedi pahit berkenaan.

“Tidak seperti perbuatan jenayah dan etika, yang mungkin biasa mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk diselesaikan. Kesedihan rakyat pasti akan berlaku dalam tempoh yang lama,” jelasnya.

Diharapkan agar Polis Negara bukan sahaja memohon maaf atas kejadian itu, malah serius dalam memperbaiki diri dalam melakukan reformasi dalaman.

“Ia telah berkembang pesat selama beberapa dekad dan terjadi sekali lagi kebelakangan ini. Bagaimanakah pembaharuan itu akan dilakukan?’ katanya lagi.

Pada hari semalam, Ketua Polis Malang Kota, Kombes Budi Hermanto dan anggota polis yang lain di perkarangan Balai Polis Kota Malang telah bertindak melakukan sujud pada himpunan pagi pada hari itu.

Terang Kombes, tindakan melutut dan sujud itu telah dilakukan untuk memohon keampunan dari Tuhan Yang Maha Esa.

Dalam pada itu, tindakan itu juga dibuat sebagai bentuk kekesalan diberikan kepada waris keluarga mangsa yang terlibat.

Bukan hanya bersujud, Kombes bersama anggota polis yang lain termasuk Petugas Utama turut berselawat dalam perhimpunan yang telah diadakan itu.

“Kami mendoakan agar saudara-saudari kita Aremania dan Aremanita yang menjadi mangsa tragedi Kanjuruhan diterima di sisiNya dan keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan. Kita juga sama-sama memohon keampunan Allah SWT agar kejadian ini tidak berulang lagi.

“Kami juga berharap agar situasi kembali kondusif dan persoalan mengenai tragedi Kanjuruhan segera diselesaikan,” jelasnya sambil berharap agar keamanan dan kelakuan masyarakat di Malang semakin membaik.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.