Connect with us

Semasa

Peserta Felcra Berhad Bakal Terima Bayaran Dividen, Pembayaran Dibuat Secara Berperingkat

Ekonomi dunia dijangkakan bakal merosot menjelang pada tahun hadapan. Namun begitu, Felcra Berhad berjaya mengekalkan prestasi yang baik apabila mencatatkan kenaikan yang bagus berbanding pada tahun lepas.

Iospital phone repair gombak

Menerusi laporan Kosmo, difahamkan seramai 74,949 peserta Felcra Berhad di seluruh negara bakal menerima bayaran dividen yang melibatkan nilai keseluruhan RM 181.5 juta untuk pembayaran Keuntungan Boleh Agih Interim 2/2022.

Perdana Menteri (sementara), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa bayaran tersebut akan dibuat secara berperingkat mulai hari ini.

“Saya gembira kerana Felcra Berhad berjaya mengekalkan prestasi yang baik apabila mencatat kenaikan hampir RM51 juta atau 38.1 peratus berbanding prestasi pada tahun lalu.

“Peningkatan ini membuktikan kecekapan Kerajaan Keluarga Malaysia dalam mengurus tadbir ekonomi negara,” jelas beliau.

Difahamkan, beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian ketika berucap di dalam Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Peserta Felcra Berhad, Pekebun Kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Warga Orang Asli di Arena Merdeka di Tapah, Perak pada hari ini.

Sementara itu, kerajaan turut telah bersetuju untuk melupuskan hutang lapuk lebih 30 tahun berjumlah RM 233.8 juta yang melibatkan 20,000 peserta Felcra Berhad di seluruh negara, lapor Kosmo.

Menurut Ismail Sabri, keputusan itu telah dibuat susulan ketidakmampuan peserta yang telah diambil lalu menyebabkan pulangan pendapatan yang rendah disebabkan projek kurang berdaya maju dan tidak produktif dari segi penghasilan.

Demikian kata beliau, sebanyak 323 projek di seluruh negara dengan keluasan 22,173 hektar telah dikenal pasti sebagai projek kurang berdaya maju sehingga Disember tahun lalu.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.