Connect with us

Semasa

Pesakit COVID-19 Kini Boleh Keluar Mengundi, KKM Beri Kenyataan Beserta SOP

Sedar atau tidak, masih berbaki lima hari sahaja lagi untuk kita menjalankan tanggungjawab kita mengundi dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Mengundi pemimpin itu sangat pennting sehinggakan pengundi yang dijangkiti COVID-19 yang layak pun boleh mengundi dengan SOP yang akan ditetapkan.

Iospital phone repair gombak

Difahamkan, semua pengundi termasuklah pengunndi yang dijangkiti COVID-19 yang layak, harus mematuhi beberapa langkah am atau SOP bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar pada hari mengundi akan datang.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), telah dimaklumkan bahawa petugas kesihatan bakal ditempatkan di pusat mengundi.

Hal ini dilakukan bagi memantau dan melicinkan urusan pengundian individu positif COVID-19.

“Semua pengundi yang layak akan keluar mengundi pada 19 November.

“Beberapa langkah am perlu diambil bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan selamat dan mengurangkan risiko jangkitan kepada pengundi lain serta petugas di pusat pengundi,” jelasnya.

Dalam pada itu, satu poster telah dimuat naik dalam laman Facebook KKM yang memaparkan panduan yang perlu rakyat Malaysia patuhi sewaktu hari pengundian pada Sabtu ini.

Bagi pengundi yang disahkan dijangkiti COVID-19 pula, pengundi diwajibkan agar memakai pelitup muka untuk mengelakkan pengundi serta petugas yang lain terkena jangkitan COVID-19 itu.

Manakala pengundi lain juga turut digalakkan memakai pelitup muka semasa membuang undi kelak.

Sementara itu, poster berkenaan menegaskan mengenai perjalanan pengundi yang disahkan positif COVID-19 di mana golongan tersebut tidak dibenarkan untuk menaiki kenderaan awam termasuklah e-hailing.

“Pengundi positif Covid-19 hendaklah tidak singgah di mana-mana sebelum dan selepas mengundi dan pulang segera selepas selesai mengundi,” tulis poster berkenaan.

Selain itu, pengundi haruslah membersihkan tangan dengan pensanitasi tangan di tempat yang dikenal pasti sewaktu mengundi.

Lebih bagus, pengundi juga disyorkan untuk membawa pensanitasi tangan sendiri jika ada.

KKM turut mengingatkan bahawa pengundi positif COVID-19 perlu mematuhi penjarakan fizikal yang selamat.

Dikatakan, penjarakkan fizikal dengan pengundi lain juga harus dilakukan amat digalakkan.

KKM menasihatkan supaya semua pengundi patuh akan arahan yang bakal diberikan untuk memastikan proses PRU15 akan berjalan dengan lancar dan selamat.

“Patuhi arahan petugas kesihatan semasa berada di tempat mengundi,” terang KKM di laman Facebooknya.

Hantaran Facebook KKM:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.