Connect with us

Politik

Permohonan Najib Ke Parlimen Ditolak, Shafee Dakwa Alasan Jabatan Penjara Tak Munasabah

Seperti yang kita tahu, bekas Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini telah dijatuhkan hukuman akibat penyelewangan wang dan kuasa dana SRC. Dan kini, Najib masih menjalani hukuman penjara di penjara Kajang.

iospital phone repair gombak

Menerusi laporan Malaysia Kini, permintaan Najib Razak untuk menghadiri prosiding Parlimen telah ditolak oleh Jabatan Penjara.

Difahamkan, peguam Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyatakan bahawa Jabatan Penjara membuat keputusan demikian disebabkan ‘keselamatan’.

Namun begitu, Ketua Pengarah Jabatan Penjara hanya menjawab dengan menyatakan bahawa isu keselamatan menjadi sebab utama permohonan Najib mahu ke parlimen ditolak oleh jabatannya.

Manakala bagi Shafee, alasan itu tidak munasabah dan tidak rasional.

Katanya, jika Najib masih dibenarkan hadir ke mahkamah untuk perbicaaran jenayah maka beliau harus dibenarkan pergi ke Parlimen.

Tambah Shafee, beliau menerangkan bahawa beliau telah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada hari yang sama, agar meminta menteri tersebut meneliti perkara berkenaan.

Dikatakan, jika sehingga 12 tengahari ini masih tiada apa-apa maklum balas, maka pasukan peguam Njib Razak akan memfailkan tindakan undang-undang untuk membenarkan beliau menghadirkan diri ke parlimen.

“Alasan keselamatan bukan alasan yang baik. Kami akan memfailkan semakan kehakiman selewat-lewatnya petang esok. Ini bermakna kami perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Tinggi terlebih dahulu untuk memfailkan semakan itu,” jelas Shafee mengenai isu tersebut.

Shafee turut memaklumkan bahawa Najib telah membuat permohonan untuk membenarkan pembantu politiknya melawat beliau di penjara.

Hal ini diminta untuk dilakukan agar keluhan penduduk Pekan dapat didengari, dan Najib boleh memberi arahan tertentu kepada pembantu politik beliau.

Sekadar info, menurut laporan The Edge, Najib telah menulis tiga permintaan kepada Jabatan Penjara iaitu yang pertama ialah agar Najib menghadiri prosiding Parlimen, yang kedua ialah supaya pembantu politiknya boleh melawatnya, dan yang ketiga ialah supaya beliau dibenarkan melawat kawasan Pekan untuk berkhidmat kepada pengundinya.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.