Connect with us

Semasa

Permainan Tangkap Patung Mesin ‘Claw’ Dikira Judi – Mufti Perlis

Sejak adanya claw machine atau mesin claw di pusat membeli belah kebanyakannya, kedatangan pengunjung ke mesin-mesin ini tidak pernah berkurangan. Selalu sahaja ada orang yang bermain di situ tak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

Seperti yang kita tahu, mesin claw merupakan mesin yang memerlukan kita untuk memasukkan token dan menangkap anak patung yang tersedia dalam mesin tersebut.

Walaupun seronok dimain bersama rakan-rakan mahupun keluarga, tahukah kita umat Islam terutamanya tentang hukum bermain permainan tersebut?

Menurut laporan yang dibuat Kosmo Online, mesin permainan anak patung kanak-kanak (K.B. FUN) atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam perjudian (al-Maisir).

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, perkara tersebut telah ditetapkan menerusi fatwa yang diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis pada 22 Mac 2021.

Beliau menjelaskan ini adalah kerana terdapat pertaruhan melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperoleh barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang.

“la juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan.

“Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana termasuk di dalam dosa besar,” katanya.

Jelasnya lagi, seorang muslim tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian berkenaan kerana ia termasuk memakan harta secara batil.

 

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.