Connect with us

Semasa

Perkhidmatan Tergendala Sementara Waktu, CIMB Saran Tangguhkan Transaksi Perbankan

Transaksi atas talian merupakan suatu kemudahan yang boleh kita gunakan tanpa menggunakan wang dalam bentuk tunai. Walau bagaimanapun, masalah seperti perkhidmatan tergendala akan menyukarkan pengguna bank tersebut.

Memetik hantaran laman Facebook Commerce International Merchant Bankers Berhad Malaysia (CIMB Malaysia), pihak mereka memaklumkan bahawa mereka sedang mengalami gangguan perkhidmatan semasa para pelanggan melakukan transaksi perbankan secara dalam talian.

Oleh hal demikian, pihak CIMB Malaysia menasihatkan para pelanggan untuk menangguh terlebih dahulu semua transaksi perbankan sementara mereka berusaha memperbaiki perkhidmatan tersebut.

“Anda mungkin menghadapi gangguan perkhidmatan sementara semasa melakukan transaksi perbankan dalam talian.

“Sementara kami berusaha untuk memulihkan perkhidmatan, kami sarankan anda untuk menangguh transaksi perbankan anda.

“Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama anda,” terangnya dalam hantaran Facebook tersebut.

Sekadar info, CIMB merupakan salah satu bank yang teratas digunakan di ASEAN.

Bukan itu sahaja, CIMB Group ialah bank ASEAN yang terkemuka dan salah satu penasihat korporat terulung di rantau Asia ini.

Difahamkan, CIMB juga merupakan peneraju dunia dalam kewangan Islam.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal terhadap perkhidmatan CIMB yang dikatakan ‘teruk’ sejak dari dahulu lagi.

Antara komen netizen:

“Sepatutnya “kami sarankan anda untuk menangguh & menukar guna bank lain” 🙄”

“Ingat kena block heran jugak aku card semua active lagi. Tak pasal kena tukar password bagai. Kata 2 jam jek dari 9lbh smpai skrg tak boleh buka jugak. Mintak selamat lah duit semua dalam tu.”

“Apa la cimb ni baik pulih memanjang sistem gitu jugak kerap sangat la cm ni naik bosan dah”

“Patut inform melalui msg kt setiap pengguna ke apa ke… some people don’t read this on social media…CIMB Malaysia”

 

Hantaran Facebook CIMB:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.