Connect with us

Politik

Perjumpaan Pemimpin Umno, BN Bincang Agihan Kerusi PRN Johor

Semakin hari semakin rancak persiapan yang dibuat oleh ahli politik untuk bertanding menghadapi PRN yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bersaing dengan parti lain, turut dilihat perjumpaan giat diadakan diadakan di beberapa buah negeri demi usaha mempertahankan kedudukan mereka masing-masing.

Hari ini beberapa pemimpin tertinggi Umno dan Barisan Nasional (BN) tiba di Bangunan Umno Johor dekat Johor Bahru bagi menghadiri Majlis Perjumpaan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama komponen BN Johor.

Ahmad Zahid dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba pada 11 pagi dipercayai bagi menentukan agihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut laporan yang dibuat Harian Metro, perjumpaan tersebut turut disertai Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Penerangan Umno, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Hadir sama, Pengerusi Umno Johor, Datuk Hasni Mohammad; Timbalan Pengerusi Umno Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Setiausaha MCA Johor, Ng Keng Heng dan Ketua Pemuda MIC, K Raven.

Petugas media daripada pelbagai agensi mula berkumpul di Bangunan Umno Johor seawal 9 pagi untuk membuat laporan lanjut.

Difahamkan lagi, perjumpaan hari ini merupakan perbincangan soal pengagihan kerusi yang akan ditandingi parti komponen BN pada PRN akan datang.

Sementara itu, Umno diberitakan pada Isnin lalu mahu bertanding sekurang-kurangnya 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam PRN Johor.

Walau bagaimanapun, Mohamad dilaporkan berkata, jumlah itu belum mengambil kira kerusi Dun bagi parti komponen BN.

Mengulas lebih lanjut, sumber Umno turut menjelaskan buat masa ini Umno Johor tetap dengan keputusan awal untuk bertanding di 40 kerusi dalam PRN Johor.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.