Connect with us

Semasa

Penyokong Bangladesh Minat Pasukan Selangor, Raih Perhatian Ramai Bila Fasih Cakap Melayu

Semalam, keputusan 4-1 antara Malaysia dengan Bangladesh telah menggembirakan hati ramai penyokong secara tidak langsung penantian selama lebih empat dekad telah melayakkan skuad negara ke Piala Asia 2023!

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil ini dihadiri seramai 52,964 penonton. Yang lebih menarik, dalam kalangan 50,000 lebih penonton bukan sahaja terdiri daripada rakyat Malaysia, tetapi rakyat Bangladesh juga yang bekerja di sini.

Beberapa hari lepas, sebuah video yang dimuat naik oleh akaun Harimau Malaya di Twitter tular di mana seorang lelaki telah menemu ramah seorang penyokong berkerakyatan Bangladesh!

Menurut video yang dikongsi, penyokong Bangladesh itu sudah beberapa kali datang ke stadium untuk menonton pasukan kegemarannya iaitu Selangor! Apa yang lebih menarik perhatian ramai, dia yang dipercayai bekerja di Malaysia fasih berbahasa Melayu.

Pengakuan beliau itu diterima dengan sorakan dari wartawan yang menemu ramah beliau sambil dilabel sebagai ‘penyokong naturalisasi Selangor’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya teruja melihat kefasihan lelaki tersebut bertutur dalam Bahasa Melayu. Kini, video tular yang berdurasi 1 minit 28 saat itu telah meraih tontonan sebanyak 52.2 ribu!

Tweet yang tular di laman Twitter

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.