Connect with us

Viral

Penunggang Motor Aneh, Siap Intai Tingkap Kereta Mewah Jadi Bualan Netizen

Sejak kebelakangan ini sering kali kita dengar mahupun baca di media sosial berkaitan kes jenayah ragut, curi, rompak dan sebagainya. Pelbagai taktik yang cuba dilakukan oleh penjenayah bagi memerangkap mangsa.

Walaupun tindakan sudah diambil dan undang-undang telah diperketatkan, ianya seolah-olah tiada kesan kepada penjenayah. Malah bilangan jumlah jenayah sedemikian semakin banyak bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Persis seperti kejadian yang dipercayai berlaku di Klang, seorang pengguna Facebook bernama 我们是马来西亚人 We are Malaysians telah memuat naik sebuah video yang memaparkan seorang penunggang motosikal berkelakuan mencurigakan!

Lelaki yang menaiki motosikal berwarna hitam kuning serta mengenakan pakaian serba hitam itu dilihat pergi dari sebuah kereta ke sebuah kereta di kawasan parkir lalu mengintai tingkap kereta seolah-olah mencari sesuatu.

Video memaparkan pada mulanya dia mengintai tingkap kereta jenama Range Rover. Selepas gagal menemui sesuatu yang dihajati, dia beralih mencari kereta lain pula sebelum memecut motosikal yang ditunggangnya dari situ.

Setakat artikel ini ditulis, video ini tular dengan meraih tontonan sebanyak 26 ribu! Tidak pasti apa niat lelaki tersebut, namun netizen mendakwa bahawa lelaki aneh itu sedang membuat cubaan untuk melakukan jenayah.

Menjengah ke ruangan komen, para netizen menasihati orang ramai agar tidak meninggalkan barang berharga di dalam kereta. Selain itu, mereka meminta agar pemilik video untuk melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis terdahulu sebelum berkongsi di laman Facebook.

Video yang tular di laman Facebook

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.