Connect with us

Semasa

Penjawat Awam Akan Terima Gaji Awal, Sebagai Persediaan Menghadapi PRU15

Seperti yang kita tahu, kita semakin hampir dengan tarikh Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) iaitu pada 19 November akan datang. Ekoran itu, kerajaan memberikan kelonggaran kepada penjawat awam dan pesara kerajaan demi memudahkan mereka untuk keluar mengundi.

Iospital phone repair gombak

Menerusi laporan MStar, penjawat awam dan pesara kerajaan dikatakan akan menerima gaji dan bayaran pencen lebih awal untuk bulan ini.

Difahamkan, penerimaan gaji dan bayaran pencen masing-masing bakal dibuat pada 14 dan 17 November.

Terdahulu, kebiasaannya mereka ini menerima bayaran gaaji dan pencen pada tarikh 25hb pada setiap bulan.

Khabar penerimaan gaji dan pencen itu telah diumumkan menerusi satu surat bertarikh 7 November oleh Kementerian Kewangan (MOF).

Berdasarkan surat tersebut, Perbendaharaan Malaysia dimaklumkan telah bersetuju bagi meluluskan permohonan pengecualian AP 105 untuk membolehkan pengeluaran gaji dan pencen supayaa diawalkan.

“Permohonan pengecualian AP 105 telah diluluskan supaya pembayaran awal emolumen kepada penjawat awam dan pencen kepada pesara kerajaan bagi November tahun 2022 dapat dilaksanakan.

“Bayaran pencen kepada penjawat awam akan dibuat pada 14 November (Isnin) manakala bayaran emolumen kepada penjawat awam pula pada 17 November ini (Khamis),” tulis surat berkenaan.

Inisiatif pemberian gaji dan bayaran pencen lebih awal ini dibuat sebagai langkah membolehkan pengundi agar pulang ke kawasan masing-masing sewaktu PRU15 diadakan menjelang pada pada minggu hadapan.

Sebelumnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyatakan bahawa kerajaan telah memikirkan pelbagai inisiatif mengenai kemudahan yang diberikan kepada pengundi dan akan diumumkan dalam masa terdekat, lapor Utusan Malaysia.

“Kita kaji kemudahan kepada pengundi dari mula bubar Parlimen dan sudah bincang perkara itu cuma masa, insya-Allah ada pengumuman, mungkin banyak lagi.

“Kita tunggulah jika ada pengumuman daripada saya,” terang beliau ketika menghaadiri majlis Kenduri Kampung bersama penduduk di Kampung Bohor Baru, semalam.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.