Connect with us

Semasa

‘Penjaja Haram’ Warga Asing Bermaharajalela, Pendapatan Peniaga Tempatan Pula Terjejas

Bukan sahaja membelakangkan undang-undang, malah tindakan penjaja haram meniaga tanpa lesen ini mampu menggugat keselamatan awam. Walaupun tindakan sudah diambil oleh pihak yang bertanggungjawab, sesetengah daripada mereka masih bermaharajalela berniaga.

Iospital phone repair gombak

Menerusi laporan Harian Metro, kegiatan beratus penjaja haram oleh warga asing ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan, semakin ramai berniaga di sekitar Pasar Harian Selayang (PHS) dan Pasar Borong Kuala Lumpur.

Dikatakan, kegiatan mereka ini sukar untuk dibenteras kerana segelintir mereka ‘dipayung’ tauke warga tempatan.

Hal ini dapat dibuktikan apabila segelintir daripada mereka diupah untuk menjalankan perniagaan dan dibekalkan dengan barang niaga daripada warga tempatan di lokasi tersebut.

Difahamkan, wujudnya istilah ‘penjaja haram’ ini mereka dibayar gaji mengikut keuntungan jualan harian merupakan antara punca warga asing ini mudah untuk diambil kerja, mudah mendapatkan modal serta mengembangkan perniagaan.

Salah seorang penjaja warga Rohingya di lokasi tersebut yang dikenali sebagai Alias, 41, menyatakan bahawa dia diupah dengan bayaran sekitar RM 30 hingga RM 50 sehari dengan menjual sayur-sayuran sejak setahun yang lepas.

Berdasarkan kenyataannya, ‘taukenya’ itu akan menghantar barang niaga sayur-sayuran dan barangan basah lain dalam raga plastik atau polisterin dengan menggunakan van pada setiap jam 6 pagi ke lokasi tersebut.

“Dia (majikan) tetapkan harga bagi setiap sayur. Saya hanya jual pada harga lebih murah dari (ditawarkan peniaga) di pasar.

“Kalau barang niaga kena rampas (oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), saya tak rugi apa-apa. Esok majikan akan hantar sayur baharu untuk dijual semula,” jelas pemegang Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Dalam pada itu, seorang lagi penjaja warga Rohingya yang dikenali sebagai Fazal, 35, menjelaskan bahawa ramai antara mereka yang pada mulanya hanya menjadi ‘kuli’ atay penjaja kaki lima, kini sudah pun mempunyai premis kedai mereka sendiri.

Katanya, mereka sudah terbiasa hidup dalam keadaan susah dan melarat di negara asal sebagai seorang pelarian.

“Kami anggap Malaysia ‘syurga’. Di sini kami boleh berniaga, hidup berkeluarga dan memiliki kerja. Kami kumpul duit untuk besarkan perniagaan dan menyewa kedai.

“Kini ramai antara kami sudah memiliki kedai runcit, menjadi pemborong pakaian dan pelbagai jenis perniagaan lain. Terima kasih Malaysia,” terang lelaki warga Rohingya itu.

Difahamkan walaupun tindakan sita dan rampasan dilakukan penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan DBKL di kawasan tersebut telah dilakukan, akan tetapi jumlah mereka masih tetap bertambah.

Bukan itu sahaja, mereka turut dikatakan menjejaskan pendapatan peniaga tempatan.

Hal ini demikian kerana penjaja haram ini menawarkan harga yang jauh lebih murah kepada pelanggan.

Jurucakap Majlis Perbandaran Selayang memaklumkan bahawa terdapat lebih 700 bakul disita sejak awal Januari lalu yang mengandungi pelbagai sayur-sayuran dan 300 bakul buah-buahan.

Namun begitu, pihak MPS mempunyai kekangan dalam mengatasi masalah tersebut ekoran penguat kuasa MPS hanya mempunyai kuasa untuk merampas dan menyita barangan perniagaan peniaga warga asing di sekitar PHS.

“Kawasan pasar borong itu adalah kawasan sempadan antara Wilayah Persekutuan dan Selangor. Oleh itu, penguatkuasaan terhadap kawasan itu agak terhad dan sukar.

“Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS turut mengambil inisiatif dengan meletakkan lori jabatan sebagai amaran atau peringatan di kawasan pasar borong bermula jam 3 petang hingga jam 12 tengah malam bagi mengekang peniaga warga asing berniaga di kaki lima di sekitar kawasan pasar borong,” ulas lanjut beliau.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.