Connect with us

Viral

“Peniaga dianiaya dengan zalim!” Sewa Tapak Sampai RM1.2K, Peniaga Kesal Kawasan Teruk & Tiada Sambutan

Semenjak wabak COVID-19 beransur pulih, pelbagai acara dijalankan untuk masyarakat setempat misalnya seperti konsert dan juga karnival tertentu. Bagaimanapun, ada pihak penganjur yang mengambil kesempatan melalui acara-acara tersebut.

Berdasarkan hantaran yang dibuat di laman Twitter pengguna @AsriiKamarudin, dikatakan para peniaga harus menanggung kerugian besar apabila sewa tapak berjumlah RM 1,200 itu tidak mendapat sambutan daripada penduduk sekitar.

Difahamkan, rata-rata peniaga Karnival Usahawan Perak itu tidak berpuas hati kerana kawasan karnival itu sangat teruk walaupun dibayar dengan harga yang sangat mahal.

Bukan itu sahaja, pihak penganjur turut tidak menyediakan kerusi dan meja yang cukup kepada mereka.

Dikatakan, bayaran parkir sebanyak RM 10 menjadi salah satu punca karnival tersebut tidak mendapat sambutan masyarakat setempat.

“Masuk memang percuma tapi parking satu kereta Rm10? Macam tu ke buat marketing? Wow. Dasyat” tulisnya.

Sedangkan pada awalnya karnival itu telah diwar-warkan masuk percuma sahaja, akan tetapi cara ‘marketing’ mereka menggunakan bayaran parkir sebanyak RM 10 itu untuk mengambil untung daripada para pengunjung.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib para peniaga dan meminta agar pihak penganjur segera ambil langkah untuk bertanggungjawab.

Antara komen netizen:

“Kesian kat peniaga2, sewa tapak mahal mahal tapi berniaga tak pulang modal.”

“Kepala bana event 2 hari sewa tapak 1.2k. melampau”

“Aq yg g bulatan hari tu pon x dpt info apa2,,nak masuk risau sbb mcm event private sbb ada pagar ,,banner dekt pagar pon xde tulis apa2”

Ciapan yang tular:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.