Connect with us

Viral

Pengguna LRT Kecewa Isu Kesesakan Semakin Meruncing

Sejak kebelakangan ini isu LRT semakin hangat diperkatakan di seluruh media sosial. Tempoh hari tular tentang kemudahan lif yang tidak dibaiki selama setahun mengakibatkan kesukaran untuk pengguna OKU.

Walaupun aduan telah dibuat, pihak LRT dilihat seolah-olah lepas tangan dan ambil mudah berkenaan isu fasiliti yang dihadapi orang ramai. Tiada sebarang tindakan lanjut yang diambil oleh pihak tersebut.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter bernama @nrjwznl telah meluahkan rasa kecewanya terhadap perkhidmatan yang disediakan LRT. Menurut gadis tersebut, isu kali ini melibatkan masalah crowd control atau ‘kawalan orang ramai’ yang tidak sistematik.

Katanya pengguna tetap perkhidmatan pengangkutan awam itu, ini sudah menjadi ‘satu kebiasaan’ di mana pengguna MRT perlu menunggu masa yang lama untuk menukar naik tren LRT.

Bahkan, hari ini merupakan hari yang paling teruk sekali apabila pengguna terpaksa beratur panjang sebelum platform LRT Pasar Seni sehinggalah eskalator yang menghubungkan perkhidmatan bawah tanah MRT.

Seorang pengguna Twitter telah memuat naik sekeping gambar menunjukkan berapa panjangnya barisan tersebut sehinggakan pengguna MRT yang ingin naik ke platform LRT perlu berasak dengan pengguna yang sudah lama menunggu tren LRT.

Gambar yang dimuat naik itu membimbangkan ramai kerana para pengguna betul-betul berdiri di hadapan eskalator tinggi stesen bawah tanah MRT secara tidak langsung boleh mengundang kecederaan!

Dalam pada itu, ada yang berpendapat situasi begitu boleh mengundang cubaan pick-pocket semasa orang ramai behimpit tanpa disedari mangsa.

Tweet yang dibuat telah mendapat perhatian Rapid KL lalu pihaknya membuat permohonan maaf atas isu kesulitan yang berlaku dan akan menambah baik sistem crowd control.

Pun begitu, permohonan maaf itu telah mendidihkan lagi darah netizen kerana kecewa dengan perkhidmatan pengangkutan awam berkenaan.

Tweet yang tular di laman Twitter

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.