Connect with us

Semasa

Pengganggur Dihadapkan Ke Mahkamah, Curi RM2.80 Dari Tandas Awam

Tidak kiralah melibatkan jumlah wang yang banyak atau sikit, tindakan seseorang untuk mencuri tetap salah. Bagaimanapun, sesetengah individu terpaksa berbuat demikian demi meneruskan kehidupan mereka.

Iospital phone repair gombak

Begitu juga dengan kes yang terbaru hari ini di mana seorang penganggur dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri wang syiling bernilai RM 2.80.

Menerusi laporan Harian Metro, wang yang dicuri itu diambil daripada tandas awam Terminal Bas Larkin Sentral, Johor.

Namun begitu, Mahkamah Majistret hari ini telah menjatuhkan hukuman bon berkelakuan baik terhadap tertuduh selama setahun.

Difahamkan, hukuman itu telah dijatuhkan oleh Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin dengan cagaran RM 1,000 selepas tertuduh, Mohamad Hafiz Mohamad Razali, 36, mengaku bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Menurut kertas pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa mencuri 22 keping syiling 10 sen dan tiga keping syiling 20 sen yang bernilai RM 2.80 secara keseluruhannya daripada tandas awam Terminal Bas Larkin Sentral kira-kira pada jam 4 pagi, Khamis lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan, berdasarkan tindakan lelaki terbabit.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqiilah Ahmad Rofaie pula memohon mahkamah agar menjatuhkan hukuman setimpal ke atas tertuduh.

Hal ini demikian kerana hukuman setimpal itu harus diberi sebagai pengajaran supaya tertuduh tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Tertuduh yang juga tidak diwakili oleh mana-mana peguam memohon supaya menerima hukuman ringan dan turut memaklumkan bahawa dia tidak bekerja.

Jika menurut pada fakta kes, seorang pengawal keselamatan ternampak suspek mengambil duit syiling daripada tabung tandas dan terus memasukkannya ke dalam poket seluar sebelah kanan.

Apabila tertuduh ditanyakan sebab dia bertindak sebegitu, tertuduh terus melarikan diri.

Walau bagaimanapun, tertuduh akhirnya berjaya ditahan pengawal keselamatan terbabit lalu diserahkan kepada pihak polis.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.