Connect with us

Viral

Pengantin Lelaki Naik Pengusung Ambulans Ke Majlis Sanding Buat Netizen Kagum

Alam perkahwinan merupakan suatu peristiwa yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang bakal menempuh kehidupan bersama. Bagaimanapun, kadangkala berlaku musibah sehinggakan terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan mereka.

Tetapi, itu tidak berlaku kepada pasangan pengantin yang tular baru-baru ini di laman TikTok.

Menerusi video TikTok berdurasi 15 saat itu, memaparkan seorang pengantin lelaki dibawa menaiki ambulans dan ditolak dari atas katil ke pelamin.

Ibrahim Badruddin, 26, sanggup mengenepikan rasa sakitnya itu dan memutuskan untuk hadir ke majlis persandingannya yang bertempat di ewan Sekolah Kebangsaan (SK) Mergong, Alor Setar.

Difahamkan, Ibrahim sebelum ini terlibat dalam kemalangan jalan raya dan majlis ini sepatutnya dijalankan pada 30 Julai lalu tetapi ditangguhkan kerana dia sedang menjalani pembedahan pada paha kirinya.

“Saya terbabit dalam kemalangan pada 19 Julai lalu ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dan cedera selepas motosikal ditunggang terlanggar jentolak.

“Akibat kemalangan, saya perlu menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 26 Julai lalu iaitu empat hari sebelum majlis (persandingan) berlangsung.

“Saya sudah lama rancang untuk kahwin iaitu sejak April lagi dan kalau boleh enggan tangguhkan majlis.

“Lagipun isteri sudah buat persiapan rapi dan keluarga kedua-dua belah pihak pula sudah bersetuju, jadi kami teruskan juga pada tarikh dirancang iaitu 29 Julai lalu untuk akad nikah manakala 30 Julai lalu bagi majlis bersanding,” terang pengantin lelaki itu.

Jelas Ibrahim, bapanya Badruddin Kassim, 56, yang memberikan idea untuk Ibrahim hadir ke majlis dengan berbaring di atas pengusung.

Ibrahim pun ikutkan sahaja cadangan bapanya itu memandangkan keadaan luka kecederaannya yang belum pulih pada waktu itu.

Dikatakan, Ibrahim sendiri yang menyarung persalinan pengantin tetapi ada yang membantunya dengan memakaikan aksesori kepadanya.

“Rasa malu juga kerana sebaik turun daripada ambulans, ramai yang tangkap gambar saya.

“Mungkin mereka hairan mengapa pengantin datang naik ambulans namun saya tidak berbaring atas pengusung sepanjang majlis sebaliknya dibawa turun untuk duduk di kerusi roda sebaik masuk dewan,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan ‘selamat pengantin baru’ dan mendoakan agar Ibrahim cepat sembuh.

Antara komen netizen:

“selamat pengantin baru… semoga cepat sembuh ye… semoga dipermudahkan urusan adik…”

“selamat pengantin baru semoga terus sehat selalu Aamiin🤲🤲🤲”

 

Video TikTok yang tular:

@qerwowow Selamat Pengantin Baru #fyp #pengantin ♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.