Connect with us

Semasa

Penduduk Terharu Anak & Menantu PM Bantu Cuci Rumah

“Kami sekeluarga terharu apabila Nina dan Jovian sanggup membersihkan rumah kami dan meninjau keadaan rumah ini yang terjejas banjir,” kata salah seorang mangsa banjir di Kampung Dusun Tua, Hulu Langat, Daniel Mazlan.

Menurut Daniel, dia terkejut dan terharu apabila anak sulung Perdana Menteri, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri dan suaminya, Datuk Jovian Mandagie sanggup meluangkan masa membersihkan lumpur di rumah keluarganya yang terkesan akibat bencana banjir.

Kehadiran mereka meringankan beban kami

Ujarnya, pasangan suami isteri itu sanggup membersihkan kotoran selut yang meliputi keseluruhan kawasan rumah dan di beberapa rumah di sekitar kawasan.

“Kehadiran mereka bersama pasukan sukarelawan yang lain di sekitar kawasan kami secara tidak langsung meringankan beban kami yang sangat terkesan dengan bencana ini,” katanya.

Nina dan Jovian tunjukkan sikap rendah diri mereka

Menerusi laporan Harian Metro, kehadiran Nina dan Jovian tanpa sebarang protokol dan kawalan keselamatan menunjukkan sikap rendah diri mereka.

Malah, Nina dan Jovian dilihat bersahaja berehat di belakang sebuah trak pikap seusai membersihkan kawasan rumah mangsa banjir.

Bencana banjir yang terjadi di kawasan Hulu Langat ini adalah antara yang terburuk pernah berlaku.

Bencana ini memusnahkan sebahagian rumah, perabot serta peralatan elektrik selain kenderaan penduduk yang tidak dapat diselamatkan.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.