Viral
Pendakwah Luah Pendapat Suami ‘Dayus’, Biar Doktor Lelaki Bantu Isteri Bersalin

Setiap pasangan mengimpikan cahaya mata untuk menyinari kehidupan mereka sekeluarga. Bahkan ada pasangan yang membuat perancangan dari awal untuk menyambut kelahiran anak mereka.
Bagaimanapun, isu ‘pilih doktor’ lelaki atau perempuan yang bakal menyambut bayi ini menjadi topik hangat yang mula diperkatakan oleh seorang pendakwah bebas wanita di laman TikTok.
Berdasarkan video yang tular, pendakwah berkenaan meluahkan pendapat beliau bahawa tindakan si suami membiarkan isteri bersalin dibantu doktor lelaki adalah tindakan yang sangat ‘dayus’.
Hal ini disebabkan pada pendapatnya, para ibu bersalin dibiarkan auratnya didedahkan kepada doktor lelaki yang bukan suami mereka.
“Lelaki-lelaki di luar sana, minta maaf. Anda nak marah ustazah, marah!
“Kadangkala tak masuk akal, doktor lelaki. Kalau kamu tak takut dosa dengan Allah esok, Dia tanya aurat isteri kamu tu tidak ada kemudaratan kerana ramai doktor wanita di luar sana.
“Ramai doktor wanita (boleh sambut) bersalin, kenapa dibiarkan doktor lelaki juga yang nak sambut bini awak? Tengok ‘bawah’ bini awak,” tegas ustazah tersebut.
Difahamkan pendakwah itu menyifatkan tindakan suami sedemikian ‘dayus’ itu berkata sedemikian kerana para suami dilihat seakan tidak cemburu membiarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri mereka.
“Mana dia seorang lelaki, yang ada rasa cemburu apabila lelaki melihat aurat isteri dia, bawah tempat rahsia hanya suami saja tahu,
“Kamu bertanggungjawab di hadapan Allah. Kamu dayus. Suami yang dayus adalah yang tiada ihsan, tidak membela maruah isterinya,”luah pendakwah tersebut.
Dalam masa sama, dia menasihati golongan suami supaya mengumpul duit dalam tempoh sembilan bulan isteri mengandung jika mereka tidak mampu membayar kos melahirkan anak di hospital swasta.
“Bayarlah doktor perempuan. Mentang-mentang bukan kita yang beranak. Anda (lelaki) kalau sakit perut pun bising dan kecoh,” ulasnya lanjut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengecam video tersebut di mana tindakan pendakwah itu dikatakan seakan memberikan pandangan sendri tanpa memikirkan situasi darurat yang dihadapi oleh orang lain.
Walhal sebenarnya ramai para ibu yang bersalin ini lebih menginginkan doktor perempuan akan tetapi jika tiada pilihan lain, mereka terpaksa jua menurut kerana keadaan darurat.
Antara komen netizen:
“amboiii..sedap ya ustazah cakap.kalau gaji CEO blh la..ustazah Bina hosp bsalin dgn doc wanita.harga rakyat. boleh??”
“Memang semua ada rm10k dalam tangan nk hantar bini bersalin di hosp swasta. Jangan senang2 jatuh hukum even ustazah sekalipun.”
Video tular:
@sunnahtidakberbohong #doktorlelakisambutisteribersalin #sakitoperationsakitnyaselamanya #suamiwajibjagaisterioperationseumurhidupnyadenganbaik #sunnahtidakpernahberbohong ♬ bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin