Connect with us

Viral

Pendakwah Bebas Tular Sekali Lagi, Salam Artis Boleh Rosak Jiwa?

Terdahulu tular di media sosial mengenai kenyataan dan hujahan yang dikeluarkan oleh seorang pendakwah bebas yang menyatakan bahawa dayusnya seorang suami kerana membiarkan doktor lelaki membantu isteri mereka bersalin.

Iospital phone repair gombak

Pandangan pendakwah bebas yang yang dikenali sebagai Siti Afifah Shahbudin itu menerima kritikan hebat daripada netizen memandangkan situasi bersalin meruapakan salah satu situasi darurat jika servis doktor perempuan tiada pada ketika itu.

Namun begitu, hujahan pendakwah itu tular sekali lagi dan pada kali ini ianya disebabkan tanggapannya mengenai bersalaman dengan golongan artis akan merosakkan roh dan jiwa kita.

“Orang dulu-dulu berebut, kalau jumpa ulama berebut nak salam, bukannya kita berebut-rebut nak bersalam artis.

“Salam artis tu ia rosak roh kita, jiwa kita akan rosak bila kita bersalaman dengan artis-artis dan sebagainya.

“Tetapi bila kita berjumpa dengan orang-orang yang rajin ibadah, jumpa dengan orang tua kita ada roh dan jiwa tersendiri,” terang pendakwah bebas itu.

Dan sudah tentu pandangannya itu turut menerima kecaman daripada warganet dan ada pihak yang mengganggap bahawa pendakwah itu ada sahaja yang tidak kena di matanya sehinggakan berani mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Orang ramai juga menasihati pendakwah bebas itu agar tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum kerana apa-apa opandangan atau hujaaahan yang dikeluarkan olehnya boleh mencetuskan salah faham.

Antara komen netizen:

“Astaghfirullah al azim..siapa kita utk m’hukum…kita semua pendosa ustzh..hadoiiii..🥺”

“masalah nya saya tengok ostajah ckp ni pun roh saya terus hilang…bkn rosak lagi..terus hilang…ahhh..paarah niii…”

“Pandai jatuh hukum😀salam awk ada dpt roh ke😇”

“kita bila terlalu tinggi ilmu Allah akan uji kita…ni antara ujian yang. Allah dah uji…berjaga2 lah wahai ilmuwan untuk menegur kami yang kurang ni”

Video yang tular:

@sunnahtidakberbohong #aurasalam #sunnahtidakpernahbohong ♬ bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.