Connect with us

Semasa

Pemuda Menjaja Tanpa Izin Untuk Sara Keluarga

Dari dulu lagi negara kita terkenal dengan membeli makanan dari penjaja di tepi-tepi jalan. Secara tak langsung meningkatkan lagi permintaan daripada penjaja tersebut.

Selain mengaut untung yang banyak, penjaja juga tidak memerlukan kedai fizikal kerana mereka meniaga dengan hanya membawa motosikal mahupun berjalan kaki dari tempat ke tempat sambil membawa barang yang dijual.

Kumpulan belia menjaja minuman atau makanan ringan yang selalu berlegar-legar di persimpangan lampu isyarat sekitar pusat bandar Kota Bharu tidak lagi kelihatan setelah digempur secara besar-besaran oleh pihak berkuasa kelmarin.

Menurut laporan yang dibuat oleh Utusan Malaysia, aliran trafik di lokasi tumpuan utama seperti sekitar persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Krai, Taman Maju dan Pasir Hor berjalan dengan licin tanpa sebarang bayang penjaja yang sedia ada.

Ekoran daripada digempur pihak berkuasa, salah seorang penjaja di kawasan itu mengaku berasa buntu memikirkan lubuk rezeki yang sudah terputus menyebabkan dirinya terpaksa berhenti menjaja di jalanan kerana dikhuatiri disaman dalam operasi seterusnya.

Jelas pemuda berumur 25 tahun itu lagi, graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) masih belum menerima tawaran pekerjaan untuk menjawat sebagai guru di mana-mana sekolah selepas habis belajar.

“Saya sudah berusaha mencari kerja tetapi dalam suasana sekarang, banyak syarikat tidak mahu mengambil pekerja baharu. Jadi, saya beranikan diri ambil upah menjaja air minuman dan makanan ringan.”

“Saya tahu menjaja persimpangan lampu isyarat perbuatan salah, tetapi, saya terdesak untuk mencari wang kerana tidak mahu terus menyusahkan keluarga,” katanya ketika ditemui di sini semalam.”

Menurut Shafiq, 17 yang juga seorang penjaja berkata dia mampu mengaut untung sebanyak RM50 sehari dengan hanya mengambil upah menjaja minuman dan makanan ringan dengan harapan dapat menyenangkan kepayahan ibunya yang menanggung keluarga seorang diri.

“Dengan usia saya yang muda dan tidak ada pengalaman langsung ini, memang susah orang nak ambil saya bekerja. Mujurlah ada juga peniaga sudi upah saya menjaja minuman dan makanan ringan.

“Hari ini, saya sudah tidak berani keluar menjaja seperti biasa kerana semalam kawan saya telah disaman sebanyak RM300. Manalah saya nak cari duit sebanyak itu kalau kena saman,” jelas Shafiq.

Semalam dalam operasi pihak polis dan MPKB-BRI, didapati puluhan penjaja jalanan di tiga persimpangan lampu isyarat terbabit dilaporkan lari lintang-pukang semata-mata untuk meloloskan diri daripada disaman dan barang jualan mereka dirampas.

Dikhabarkan ada juga yang sanggup memecut sehingga sejauh satu kilometer membawa sekali barang jualan masing-masing sebelum dilaporkan masuk ke kawasan kampung dan bersembunyi di dalam semak selama hampir dua jam.

Superintendan Shuhaimi Jusoh iaitu Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan menjelaskan bahawa pihak polis telah mengeluarkan surat saman kepada 33 orang penjaja yang daripada kalangan usia 13 hingga 40 tahun, turut merampas tujuh buah motosikal roda tiga yang dibawa berniaga.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.