Connect with us

Viral

Pembantu Jualan Enggan Buang Masa, Anggap Pelanggan Yang Lihat Tanda Harga Sebelum Membeli Sebagai Miskin

Sebelum membeli pakaian di mana-mana tempat, kita sebagai pembeli dan pengguna sudah pastinya akan melihat tanda harga terlebih dahulu.

Perkara ini dilakukan oleh hampir kesemua pembeli dengan tujuan ingin memastikan harganya sebelum membeli. Selain itu, kita juga boleh membuat perbandingan di tempat yang lain.

Namun, tular baru-baru ini satu hantaran berbahasa Cina mendakwa mereka yang melihat tanda harga sebelum membeli dianggap tidak berkemampuan.

Menurut sumber media Taiwan, Teepr, seorang pembantu jualan berkata, “Jika anda melihat tanda harga atau membalikkan tanda harga, anda mungkin miskin. Saya tidak akan membuang masa saya untuk melayan pelanggan seperti itu.”

“Saya telah bekerja sebagai pembantu jualan selama 7-8 tahun dan biasanya, apabila mereka melihat tanda harga, mereka tidak akan membeli barang itu.”

“Suatu ketika, semasa saya melayan pelanggan, pengurus saya menjerit kepada saya melalui fon telinga dan memberitahu saya supaya tidak membuang banyak masa kepada pelanggan. Akhirnya, pelanggan hanya menyentuh sedikit barang dan berjalan keluar,” katanya.

Bagaimanapun, hantaran berbaur merendahkan itu menimbulkan perdebatan orang ramai di media sosial. Rata-ratanya tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut. Menurut netizen, pembantu jualan itu tidak sepatutnya memukul rata semua pelanggan.

Namun, ada juga yang menyokong tindakan pembantu jualan tersebut tetapi agak kurang bersetuju dengan caranya yang terlalu cepat menilai ke atas pelanggan yang memeriksa tanda harga.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.