Connect with us

Semasa

Indonesia Bekalkan Makanan, Pakaian & Minta Pelarian Rohingya Mendarat Di Malaysia

Pelarian Rohingya telah membawa diri daripada ketidakpastian tentang masa depan yang mencengkam mereka yang tinggal di penempatan pelarian terbesar di dunia.

Dengan wabak pandemik yang telah membawa ancaman baharu kepada keadaan ini, ramai pelarian tinggal di dalam buluh tipis dan dalam terpal yang mereka bina sebagai tempat perlindungan. Pada 22 Mac 2021, kebakaran di Cox’s Bazar menyebabkan kemusnahan yang meluas apabila ia merebak dengan cepat ke empat kem pelarian Rohingya, mengakibatkan kira-kira 50,000 pelarian kehilangan tempat tinggal dan separuh daripadanya adalah kanak-kanak.

Menurut pihak berkuasa, pelarian Rohingnya telah dipintas setelah dipalit masalah di luar pantai wilayah Aceh, berpuluh-puluh daripada mereka telah dihantar ke perairan Malaysia.

Menerusi laporan Kosmo, bot kayu yang dinaiki oleh pelarian yang dianggarkan kira-kira 100 orang itu dikatakan telah dimasuki air. Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan wanita dan kanan-kanak. Mereka dilarang mendarat di Indonesia, sebaliknya diminta untuk meneruskan perjalanan ke Malaysia

Pihak berkuasa Indonesia dengan kerjasama badan bukan kerajaan dan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berusaha menghantar pelarian atau sering digelar orang hanyut tersebut ke tempat lain selepas membekalkan mereka makanan, pakaian dan bahan api.

Bukan itu sahaja, pihak berkuasa malah turut membantu menyediakan mekanik untuk membaiki bot kayu mereka yang rosak itu bagi memudahkan perjalanan mereka.

“Kami harap bekalan ini dapat membantu pelarian Rohingya tersebut meneruskan pelayaran ke Malaysia seperti yang mereka rancang dan harapkan,” jelas jurucakap polis Aceh, Winardy.

“Kami akan memantau sehingga mereka tiba di destinasi tersebut,” jelasnya lagi.

Difahamkan oleh seorang seorang komander tentera laut tempatan, bot kayu yang mereka bawa telah dilihat buat pertama kali pada dua hari yang lalu dalam keadaan terkandas di sekitar 129 kilometer dari pantai Indonesia.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.