Connect with us

Viral

Pelancong Puji Perkhidmatan Awam Yang Disediakan KTM Buat Warganet Berasa Bangga

Keretapi Tanah Melayu (KTM) merupakan antara kemudahan pengangkutan yang telah disediakan untuk rakyat Malaysia sejak berkurun lamanya. Namun begitu, KTM ini masih menjadi pilihan para pengguna untuk ke destinasi yang ingin mereka tuju.

Iospital phone repair gombak

Hal ini dapat dibuktikan apabila hal ini diakui sendiri oleh seorang pelancong serta penulis yang memuji akan perkhidmatan KTM yang telah digunakan olehnya sewaktu dia bercuti di Malaysia.

Pelancong tersebut yang dikenali sebagai Richard Barrow, merasakan bahawa negara jiran Thailand seharusnya mengikuti Malaysia dalam menyediakan kemudahan perkhidmatan awam yang lebih kondusif dan terbaik untuk para pengguna.

Menerusi hantaran yang dibuat di laman Facebooknya, Richard telah menulis mengenai kisah pengalaman beliau sewaktu menaiki keretapi dari Butterworth, Pulau Pinang hingga ke Kuala Lumpur.

Difahamkan, Richard hanya menggunakan wang sebanyak RM 150 untuk membeli tiket kelas perniagaan dan tidak perlu menunggu lama untuk menggagumi semua perkara yang ditawarkan dalam servis KTM tersebut.

“Saya sangat kagum dengan segala-galanya. Thailand sangat perlu menaik taraf perkhidmatan mereka. Saya tahu mereka [Thailand] kini mempunyai kereta api Red Line tetapi masih belum sama seperti ini. Kami memerlukan sesuatu seperti ini untuk ke Chiang Mai,”

“Tidak lama selepas kami berlepas, pelayan datang membawa makan tengah hari yang termasuk dalam harga tiket. Dua jam kemudian mereka datang membawa kopi dan teh serta makanan ringan. Pengalaman yang hampir sama dengan kapal terbang.

“Tiket untuk kelas standard ialah 80 Ringgit (645 Baht) iaitu hampir separuh harga. Tetapi tiada makanan dan susunan tempat duduk adalah 2 + 2. Dalam gerabak saya ia adalah 1 + 2 dan jadi kami mempunyai lebih banyak ruang daripada mereka.

“Salah satu perkara terbaik ialah gerabak restoran, walaupun kecil kerana ia berkongsi ruang dengan gerabak biasa. Saya tidak mengalami salah satu daripada ini untuk seketika. Semoga Thailand akan mempunyai gerabak restoran sekali lagi menjelang Januari tahun depan,” tulisnya dalam hantaran laman Facebooknya itu.

Berdasarkan perkongsian yang telah dibuat oleh Richard, warganet mengucapkan terima kasih kepada Richard kerana memuji perkhidmatan awam yang ditawarkan oleh KTM.

Pada ketika itu, ada juga para netizen yang baru sahaja tahu berkenaan dengan tiket kelas perniagaan yang ditawarkan oleh KTM itu.

Antara komen netizen:

“Bersih dan tersusun!”

“Terima kasih, kerana menggunakan servis KTMB”

“Terima kasih untuk komen positif terhadap pengangkutan awam kami”

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.