Connect with us

Semasa

Pelajar Sekolah Dicekup Dalam Parti Liar, Dipercayai Kongsi Duit Sewa Banglo Buat ‘Port’

Tidak salah untuk berhibur, akan tetapi mestilah ada batasnya. Hal ini disebabkan pelbagai impak buruk yang boleh berlaku, lebih-lebih lagi jika yang terlibat itu terdiri daripada pelajar sekolah yakni masih di bawah umur.

Iospital phone repair gombak

Berdasarkan laporan Kosmo, dikatakan seramai 22 individu termasuk remaja bawah umur ditahan ketika menyertai sebuah ‘parti liar’ yang telah diadakan pada 13 Oktober lalu bertempat di di sebuah banglo di Batu Feringghi.

Menerusi serbuan yang telah dilakukan kira-kira pada jam 1.40 pagi itu, suspek yang ditahan terdiri daripada 14 lelaki tempatan dan 8 wanita tempatan yang berusia dalam lingkungan 16 tahun hingga 12 tahun.

Difahamkan, banglo yang dijadikan ‘port’ parti liar itu didapati merupakan hasil perkongsian wang antara suspek dengan menyewa banglo tiga tingkat itu dengan kadar bayaran sebanyak RM 1,000 sehari.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong menyatakan bahawa terdapat enam daripada 22 suspek itu merupakan remaja bawah umur dan salah seorang daripada mereka masih lagi bersekolah.

“Setiap pengunjung yang hadir ke parti ini dijemput menerusi kumpulan WhatsApp dan mereka perlu membayar wang antara RM 80 hingga RM 100 bagi menyertai pesta tersebut.

“Kita juga dapati lapan perempuan yang sertai parti liar ini juga tidak dikenakan sebarang bayaran kerana ia dilunaskan oleh peserta lelaki,” jelas beliau berhubung dengan isu terbabit.

Kata Soffian, pihak polis turut menjumpai dan merampas dua paket dadah jenis ketamin seberat 0.9 gram bernilai RM 150 serta tiga biji pil ekstasi dengan anggaran berat 1.6 gram bernilai RM 45 dalam serbuan tersebut.

”Hasil saringan air kencing ke atas 22 individu berkenaan juga mendapati enam lelaki didapati positif dadah jenis methamphetamine. Kesemua direman selama enam hari sehingga esok,” ulas lanjut beliau.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.