Connect with us

Semasa

Guna Pekerja Seksi Untuk Tarik Pelanggan, Pemilik Salun Yang Tular Tampil Buat Penjelasan Selepas Diserbu Polis

Bermacam-macam jenis cara yang cuba dibuat oleh pemilik kedai untuk mendapatkan lebih ramai lagi pelanggan. Sering juga kita dengar pemilik perniagaan menawarkan pelbagai servis yang berbeza dengan yang lain.

Walaupun pemilik perniagaan sudah sedia maklum perkara yang dibuat akan menimbulkan salah faham, namun mereka masih tidak mengendahkannya demi mendapatkan publisiti.

Baru-baru ini tular di media sosial tentang beberapa pekerja di salun dandanan rambut bernama AJ Hair Studio yang didakwa menawarkan perkhidmatan istimewa kepada pelanggan lelaki.

Pekerja-pekerja perempuan di salun tersebut dilihat mengenakan pakaian yang mencolok mata sehingga menampakkan lurah dan bahagian tubuh badan yang lain.

Kelakuan pekerja di situ secara tidak langsung menjadi isu perbualan hangat netizen di seluruh media sosial terutama sekali kaum lelaki.

Menurut gambar yang tular, dua orang pekerja perempuan dilihat hanya memakai pakaian dalam bersama seluar pendek ketika menggunting rambut pelanggan.

Oleh disebabkan perkhidmatan ‘menarik’ yang ditawarkan di salun tersebut, menyebabkan semakin ramai pelanggan yang datang berkunjung untuk mendapatkan pengalaman yang sama seperti pelanggan lain yang pernah bertandang ke situ.

Pun begitu, ramai yang tidak bersetuju dengan strategi marketing yang dibuat oleh pemilik salun. Bagi mencegah perkara yang sama berlaku, orang ramai meminta agar pihak berkuasa tampil dan mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam pada masa yang sama, pemilik salun tampil membuat laporan polis berkenaan isu gambar-gambar pekerjanya yang tular dan memberi penjelasan tentang perkara sebenar.

“Dalam gambar tersebut terdapat beberapa gambar perempuan berpakaian seksi sedang mencuci rambut. Untuk makluman, gambar tersebut telah diambil semasa hari pembukaan kedai untuk promosi, bukan untuk kedai urut.

“Kedai kami hanyalah studio dandan rambut yang normal. Jangan ambil gambar model saya dan sebarkan ke group lain lagi, termasuk menyunting kapsyen kononnya kedai kami menawarkan perkhidmatan ‘istimewa’.

“Model berkenaan hanya ditampilnya semasa hari pembukaan kedai. Jangan fikir perkara yang bukan-bukan,” katanya.

AJ Hair Studio turut memaklumkan pihaknya akan membuat siaran langsung bagi menjelaskan segalanya secara terperinci mengenai apa yang berlaku pada jam 9 malam ini di Facebook rasmi mereka.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.