Connect with us

Politik

Parlimen Sah Dibubarkan Pada Hari Ini, Umum PM Ismail Sabri

Hangat diperkatakan mengenai Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang dikatakan bakal menjelang tidak lama lagi.

Iospital phone repair gombak

Terbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri baru sahaja selesai mengumumkan Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan dari Bangunan Perdana Putra, Putrajaya sejak pukul 3 petang lalu.

Difahamkan, Ismail Sabri telah mengumumkan pembubaran Parlimen pada hari ini untuk memberi laluan kepada PRU15 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Melalui perutusan yang telah dibuat itu, Ismail menyatakan bahawa sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Ahad lalu bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen.

“Dengan in dimaklumkan, bahawa tengah hari semalam, saya telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menyembah warkah permintaan kepada Baginda mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.

“Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Padua Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan saya, supaya Parlimen Ke-14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022,” terang beliau.

Dalam pada itu, Ismail sempat memberikan kata-kata kepada semua Ketua Menteri dan Menteri Besar kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor agar mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tarikh yang sama dengan PRU dengan menghadap Sultan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing.

Walau bagaimanapun, beberapa buah negeri memutuskan tidak membubarkan parlimen mereka.

Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah berkecuali daripada mengadakan PRU kerana sudah mengadakan PRN.

Sebelumnya, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa terdapat tiga negeri yang ditadbir PH iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak akan membubarkan DUN jika PRU15 yang diadakan pada tahun ini.

Menurut beliau, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.