Connect with us

Semasa

Paras Air Baling Catat Bacaan Lepasi Tahap Amaran, Seramai 154 Mangsa Banjir Dipindahkan Ke PPS

Musim banjir sering berlaku pada penhujung tahun disebabkan peralihan monsun yang berlaku di Malaysia. Ekoran itu, masalah banjir pula timbul di beberapa kawasan sehinggakan mangsa-mangsa yang terjejas harus dipindahkan di kawasan yang lebih selesa dan selamat.

Iospital phone repair gombak

Menerusi laporan Astro Awani, sebanyak 154 mangsa banjir di Baling, Kedah telah dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Kompleks Rakan Muda Batu 42.

Difahamkan, malam tadi hanya 151 mangsa dipindahkan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz menyatakan bahawa bilangan mangsa banjir yang dipindahkan itu melibatkan 49 keluarga berbanding 47 keluarga selepas terdapat mangsa dipindahkan lewat tengah malam tadi apabila kediaman mereka dimasuki air.

Katanya, Kampung Carok Sikin, Paya dan Tanjung Merbau merupakan kawasan yang terjejas banjir kilat di situ.

“Pagi ini tidak hujan tetapi semua mangsa tidak dibenarkan pulang berikutan cuaca mendung dan keadaan rumah mereka masih digenangi air dan tidak selamat.

“Kita bimbang sekiranya hujan turun mereka terpaksa berpindah semula, jadi untuk sementara mereka perlu tinggal di PPS sehingga keadaan selamat,” jelas beliau.

Berdasarkan keterangannya lagi, pemantauan di kawasan terjejas banjir masih sedang dilakukan oleh anggota APM.

Hal ini dilakukan bagi memastikan mangsa segera dipindahkan jika kawasan yang diduduki oleh penduduk itu dinaiki air.

Menurut beliau, Sungai Ketil di Kampung Padang Pulai, Baling mencatatkan paras bacaan 15.9 meter (m) iaitu melepasi tahap amaran 15.8m setakat jam 8 pagi tadi.

“Air di sungai berkenaan menunjukkan trend menaik dan berkemungkinan besar kawasan rendah akan dinaiki air,” terangnya.

Manakala melalui laporan Sinar Harian pula, seramai 43 mangsa banjir daripada 19 keluarga dipindahkan di daerah Penampang, Sabah.

Manakala, banjir di Kota Kinabalu dan Tuaran semakin pulih sejak pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah telah memaklumkan pada Isnin lalu bahawa mangsa banjir itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kebudayaan Penampang yang dibuka pada 7.07 malam Ahad.

“Bencana banjir akibat hujan lebat berterusan sejak petang semalam, dan pagi ini trend semasa banjir masih kekal.

“Paras air Sungai Moyoq (di Penampang) sehingga pukul 6 pagi tadi menunjukkan penurunan dan dalam keadaan terkawal. Pemantauan diteruskan sehingga kini,” kata beliau.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.