Connect with us

Semasa

Pakar Mengatakan Ekonomi Malaysia Akan Kembali Stabil Pada 2022

Umum ketahui sedang negara Malaysia sibuk menangani isu Covid-19, negara ini sekali lagi diuji dengan bencana banjir kilat di beberapa buah negeri secara tak langsung hal ini boleh menjejaskan ekonomi di Malaysia.

Di sebalik kelemahan ekonomi global dan dalam pasaran ekuiti dan bon, ekonomi Malaysia diyakini mampu tampil lebih kukuh pada tahun 2022.

Menurut Ketua Ahli Ekonomi Global, Juwai IQI, Shan Saeed berkata, ini berlandaskan beberapa faktor antaranya peratusan populasi dewasa lengkap divaksinasi mencapai lebih 95%, dasar fiskal yang stabil dan jumlah perdagangan mencecah lebih RM1 trilion.

Jelasnya lagi, harga komoditi yang lebih tinggi menunjang kunci kira-kira ekonomi, hubungan diplomatik Malaysia yang sentiasa kukuh dengan ekonomi utama dunia juga merupakan aspek penyumbang kepada pembaikan ekonomi pada tahun 2022.

Menurut sumber Astro Awani, Shan berkata Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pintar memulihkan kembali kestabilan ekonomi di negara ini dengan taktiknya yang tersendiri.

“Selain itu, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga memainkan kadnya dengan bijak melalui interaksi antara epidemiologi dan ekonomi, sekali gus mengekalkan kestabilan makroekonomi dan meletakkan semula mod pertumbuhan di landasan yang betul.”

“Malaysia akan terus berada dalam radar pelabur global kerana pendekatan mesra perniagaannya, keyakinan ekonomi, rangka kerja dasar berstruktur, kedudukan geografi strategik (Selat Melaka) dan lebih-lebih lagi tenaga buruh yang celik teknologi memacu trajektori pertumbuhan tahun depan,” terang Shan kepada DagangNews.com pada 28 Disember lalu.

Berdasarkan dalam majalah IQI Global and Economist, berikut adalah antara statitistik utama bagi prospek pertumbuhan pada tahun 2022.

NEGARA | GLOBAL | IQI ECONOMIST
INDONESIA 4.7-5.3% 5%
MALAYSIA 4 – 5% 4%
FILIPINA 4.5 – 5.2% 5.1%
SINGAPURA 3.5 – 4% 3.7%
THAILAND 2.5 – 3.3% 3.1%
VIETNAM 5.5 – 6.2% 6.6%

Shan berkata, pasaran kewangan global telah menampakkan prospek pemulihan yang lebih positif beberapa bulan lepas dalam persekitaran pasca COVID-19.

Akan tetapi, dengan datangnya varian terbaru seperti varian Omicron, hal tersebut akan terus memberikan ancaman besar kepada kegiatan ekonomi global.

Negara luar seperti United Kingdom, Jepun dan Eropah kini bertungkus-lumus untuk keluar daripada situasi pasca COVID kerana vaksinasi yang lemah dalam kalangan orang ramai dan prospek ekonomi yang menyangsikan.

Pasaran bergerak di beberapa negara manakala beberapa ekonomi/ pasaran masih kekal dan mengalami stagflasi.

Menurut Shan lagi, bank pelaburan multinasional Amerika Syarikat (AS), Goldman Sachs menemui aliran masuk global ke dalam ekuiti telah melepasi AS$1 trilion pada tahun lalu, melebihi jumlah gabungan dari 19 tahun yang lalu.

“Asia mendahului dari segi pertumbuhan ekonomi kerana kestabilan makroekonomi dan kadar vaksinasi yang berkesan.”

“Semasa menganalisis pelbagai ekonomi di rantau ASEAN dan ramalan pertumbuhan, nampaknya Asia akan mengatasi ekonomi utama lain pada 2022.”

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.